BANTUAN DALAM MYKAD 200 2026 : SEMAK SENARAI NAMA PEMOHON LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN SETIAP BULAN
Kategori penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang tersenarai sebagai penerima eKasih layak menerima bantuan bulanan dengan kadar pembayaran lebih tinggi untuk memenuhi keperluan asas dengan lebih mencukupi bagi sesi 2026.
Bagaimanakah semak senarai pemohon yang layak bantuan dalam mykad 200 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK BANTUAN SARA 2026 : SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM200, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan (Gaji) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar atau Miskin eKasih dalam rekod data eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Kategori Isi Rumah;
Kelayakan penerima adalah secara automatik berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih.
JADUAL BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan dalam MyKad mengikut jadual seperti berikut :
| JADUAL PEMBAYARAN | KADAR BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Januari 2026 | RM200 |
| Februari 2026 | RM200 |
| Mac 2026 | RM200 |
| April 2026 | RM200 |
| Mei 2026 | RM200 |
| Jun 2026 | RM200 |
| Julai 2026 | RM200 |
| Ogos 2026 | RM200 |
| September 2026 | RM200 |
| Oktober 2026 | RM200 |
| November 2026 | RM200 |
| Disember 2026 | RM200 |
| TOTAL | RM2,400 |
SEMAK STATUS KELAYAKAN PEMOHON
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Portal SARA;
- Portal MySTR
Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran SARA MyKasih – Senarai penuh boleh lihat di : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]