BANTUAN DALAM MYKAD 200 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Pengkreditan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan melalui MyKad membolehkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas termasuk makanan minuman, ubat-ubatan, barangan persekolahan dan barangan kebersihan diri di pasaraya terpilih.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan dalam mykad rm 200 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: LOGIN BANTUAN SABAH : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK FASA 2 2025 RM900
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2025
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA yang disalurkan ke dalam MyKad penerima:
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Bukan eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih boleh disemak melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan; dan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
AMAUN BANTUAN DISALURKAN DALAM MYKAD PENERIMA
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
PENERIMA SARA BAHARU (LULUS STR & BUKAN EKASIH) | PENERIMA SARA SEDIA ADA (LULUS STR & STR EKASIH) |
---|---|
Isi Rumah RM100/bulan (bermula April – Disember) | Isi Rumah RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan RM50/bulan (bermula April – Disember) | Warga Emas Tiada Pasangan RM150/bulan (bermula April – Disember) |
– | Bujang RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
CARA GUNA BANTUAN RM 200 DALAM MYKAD
Barangan keperluan asas boleh didapati di kedai runcit dengan pembayaran menggunakan MyKad seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label SARA MyKasih di rak tanda harga.
- Juruwang mengimbas kod setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
Penerima SARA MyKasih hendaklah memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian dan membuat pembayaran menggunakan MyKad. - Simpan Resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
CHECK BAKI BANTUAN RM 200 DALAM MYKAD
Baki duit Bantuan Dalam MyKad boleh dilakukan melalui tiga (3) kaedah seperti berikut:
- Aplikasi Touch ‘n Go eWallet; atau
- Mesin Kiosk Touch ‘n Go; atau
- Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara
Bantuan my kasih mykad