BANTUAN DALAM IC RM900 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 diperkasa dimana penerima STR bukan eKasih turut menerima bantuan ini sebagai bantuan tambahan melalui MyKad (IC) dengan kadar pemberian sehingga RM900 setahun.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bantuan dalam ic rm900 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK PLKN 2025 ONLINE : CEK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM IC RM900
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
PENERIMA SEDIA ADA (0.7 JUTA PENERIMA) | PENERIMA BAHARU (4.7 JUTA PENERIMA) |
---|---|
Berstatus Miskin/Miskin eKasih dalam rekod data eKasih | Bukan eKasih |
Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 | Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 |
Kategori Bujang, Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan | Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan |
MANFAAT BANTUAN RM900 DALAM IC
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara tanpa tunai melalui MyKad (IC) penerima adalah untuk membolehkan membeli barangan keperluan asas berlabel SARA MyKasih di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan MyKad (IC).
CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM900 DALAM IC
Semakan bantuan boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Kelayakan Penerima; dan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
BARANG ASAS LULUS PEMBAYARAN MENGGUNAKAN IC
Berikut merupakan kategori barangan berlabel SARA MyKasih yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad:
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung / Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam Tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan Perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah /Kasut Sekolah
JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN BANTUAN DALAM IC
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
PENERIMA SARA BAHARU (LULUS STR & BUKAN EKASIH) | PENERIMA SARA SEDIA ADA (LULUS STR & STR EKASIH) |
---|---|
Isi Rumah RM900 | Isi Rumah RM2100 |
Warga Emas Tiada Pasangan RM450 | Warga Emas Tiada Pasangan RM1,650 |
– | Bujang RM600 |
CARA PEMBAYARAN BARANG ASAS MENGGUNAKAN IC
Barangan keperluan asas boleh didapati di kedai runcit dengan pembayaran menggunakan MyKad seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label SARA MyKasih di rak tanda harga.
- Juruwang mengimbas kod setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
Penerima SARA MyKasih hendaklah memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian dan membuat pembayaran menggunakan MyKad. - Simpan Resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SENARAI KEDAI LULUS PEMBAYARAN MENGGUNAKAN IC
Terdapat lebih 1,200 kedai dan pasaraya terpilih Bantuan MyKasih di seluruh Malaysia termasuk Mydin / Giant / Econsave / The Store / Pacific / Milimewa / 99 Speedmart / Lotus Stores (Tesco) / Lulu Supermarket /Pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara