BANTUAN DALAM IC RM2100 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN DALAM IC RM2100 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Identity Card (IC) / Kad pengenalan rakyat Malaysia dicipta khas seperti kad pintar yang mempunyai cip yang membolehkan ianya digunakan untuk pelbagai bentuk transaksi bayaran secara tanpa tunai. Oleh itu, Kerajaan melaksanakan inisiatif Bantuan Dalam IC khas untuk rakyat dewasa yang layak.

Bagaimanakah semakan status kelayakan Bantuan Dalam IC RM2100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH : SEMAKAN KELAYAKAN SARA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

KEGUNAAN BANTUAN DALAM IC 2025

Antara kegunaan Bantuan Dalam IC adalah untuk pembelian :

  • Barangan Dapur :
    • Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa.
  • Produk Kebersihan :
    • Ubat gigi, sabun cecair mandian, tuala wanita dan sebagainya.
  • Ubat-ubatan :
    • Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM.
  • Peralatan Sekolah :
    • Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis.

CARA GUNA BANTUAN DALAM IC 2025

Hanya penerima yang disahkan ‘Layak’ sahaja boleh menggunakan IC seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai yang menerima bayaran menggunakan IC (rujuk : Senarai Kedai Terpilih Di Sini)
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjukkan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  5. Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN IC.
  6. Bayaran menggunakan IC akan disahkan dan resit akan diberikan.

TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM IC RM2100 2025

Pengkreditan Bantuan sebanyak RM2,100 bukanlah secara one-off (sekaligus), namun ianya dikreditkan secara ansur berperingkat setiap bulan mengikut tarikh berikut :

BIL.TARIKH KREDITJUMLAH BANTUAN
1.15 Januari 2025RM100
2.01 Februari 2025RM100
3.01 Mac 2025RM100
4.01 April 2025RM200
5.01 Mei 2025RM200
6.01 Jun 2025RM200
7.01 Julai 2025RM200
8.01 Ogos 2025RM200
9.01 September 2025RM200
10.01 Oktober 2025RM200
11.01 November 2025RM200
12.01 Disember 2025RM200
RM2,100
*Nota : Sekiranya bantuan tidak digunakan, baki akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama pengkreditan bulan semasa sebelum 31 Disember 2025 sahaja.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM IC RM2100 2025

Bantuan bernilai sebanyak RM2,100 diberikan khas kepada yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Merupakan Ketua Isi Rumah (KIR);
  • Pendapatan isi rumah di bawah garis PGK semasa;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN DALAM IC RM2100 2025

Ikuti cara semakan status kelayakan penerima Bantuan Dalam IC seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor IC dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SEMAKAN BAKI BANTUAN DALAM IC 2025

Baki yang ada dalam IC boleh disemak melalui aplikasi seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment