BANTUAN DALAM IC 2026 RM100 SETIAP BULAN : AKAN DIKREDIT MASUK KEPADA PENERIMA YANG LEPAS SYARAT KELAYAKAN, CEK STATUS SEGERA
Kad Pengenalan Diri (IC) rakyat Malaysia diguna pakai khas untuk menyimpan wang bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang dikreditkan khusus untuk digunakan bagi membeli barang keperluan asas harian yang dirkeditkan setiap bulan
Bagaimanakah cek status penerima Bantuan Dalam IC RM100 setiap bulan? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
MANFAAT BANTUAN DALAM IC 2026
Antara manfaat utama pemberian Bantuan Dalam IC adalah penerima dapat menggunakannya untuk beli barang-barang keperluan asas secara tanpa tunai setiap bulan. Berikut merupakan senarai barang-barang yang boleh dibeli :
| BIL. | SENARAI BARANG DILULUSKAN |
|---|---|
| 1. | Beras |
| 2. | Roti |
| 3. | Telur |
| 4. | Minyak Masak |
| 5. | Tepung |
| 6. | Biskut |
| 7. | Mi Segera |
| 8. | Minuman |
| 9. | Makanan Dalam Tin |
| 10. | Bahan Perasa |
| 11. | Produk Penjagaan Diri |
| 12. | Barang Keperluan Bayi |
| 13. | Ubat-ubatan |
| 14. | Barang Sekolah |
| 15. | Produk Kebersihan Rumah |
TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM IC 2026 RM100 SETIAP BULAN
Pengkreditan Bantuan RM100 setiap bulan ke dalam IC penerima yang layak adalah bertarikh seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM IC |
|---|---|
| Isi Rumah | 09/01/2026 (Jumaat) 01/02/2026 (Ahad) 01/03/2026 (Ahad) 01/04/2026 (Rabu) 01/05/2026 (Jumaat) 01/06/2026 (Isnin) 01/07/2026 (Rabu) 01/08/2026 (Sabtu) 01/09/2026 (Selasa) 01/10/2026 (Khamis) 01/11/2026 (Ahad) 01/12/2026 (Selasa) |
| Warga Emas | 16/01/2026 (Jumaat) 01/02/2026 (Ahad) 01/03/2026 (Ahad) 01/04/2026 (Rabu) 01/05/2026 (Jumaat) 01/06/2026 (Isnin) 01/07/2026 (Rabu) 01/08/2026 (Sabtu) 01/09/2026 (Selasa) 01/10/2026 (Khamis) 01/11/2026 (Ahad) 01/12/2026 (Selasa) |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM IC RM100 SETIAP BULAN
Inisiatif Bantuan RM100 setiap bulan hanya dikreditkan ke dalam IC penerima-penerima yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN (ISI RUMAH) | KELAYAKAN (BUJANG) |
|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had umur | 21 hingga 59 tahun |
| Status Perkahwinan | Berkahwin (ada / tiada anak) atau Balu / Janda / Duda (ada anak) | Bujang / Balu / Janda / Duda (Tiada anak) |
| Kadar Pendapatan | Tidak melebihi RM5,000 | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) Semasa |
| Status STR | Lulus STR 2026 | Lulus STR 2026 |
CEK STATUS KELAYAKAN BANTUAN DALAM IC 2026
Status kelayakan sebagai penerima Bantuan RM100 setiap bulan dalam IC boleh disemak secara online mengikut panduan lengkap di bawah :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
**Contoh status penerima yang layak Bantuan SARA Dalam IC RM100 setiap bulan :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 100.00 |
CARA GUNA BANTUAN DALAM IC 2026
Bagi penerima yang disahkan layak, boleh menggunakan IC untuk beli barang keperluan yang diluluskan mengikut cara seperti berikut :
| LANGKAH | CARA-CARA GUNA BANTUAN DALAM IC |
|---|---|
| 1. | Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang terpilih (https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list) |
| 2. | Pilih barang keperluan asas yang ada label ‘Sumbangan Asas Rahmah’ pada rak tanda harga |
| 3. | Pergi ke kaunter bayaran |
| 4. | Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima dan baki |
| 5. | Juruwang akan imbas barang keperluan asas yang dipilih berdasarkan baki yang cukup dalam IC |
| 6. | Bayaran akan disahkan dengan menggunakan IC (Jika lebih dari baki, penerima perlu membayar lebihan barang secara tunai) |
| 7. | Resit & IC akan diberikan |
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.