BANTUAN DALAM IC 2026 ONE OFF : CHECK KELULUSAN SAMA ADA LULUS ATAU TIDAK JADI PENERIMA
Kira-kira seramai lebih 22 juta rakyat Malaysia disahkan layak terima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui IC yang akan dikreditkan secara One-Off iaitu sekaligus khas untuk membantu penerima membeli barang keperluan asas menggunakan IC.
Bagaimanakah check kelulusan Bantuan Dalam IC One-Off? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYKASIH 2026 RM200 SEBULAN : AKAN DIBAYAR SETIAP BULAN DALAM IC KEPADA PEMOHON YANG LULUS KELAYAKAN
SIAPA LAYAK TERIMA BANTUAN DALAM IC ONE OFF
Hanya rakyat Malaysia yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan sahaja akan terima Bantuan SARA dalam IC secara One-Off. Berikut merupakan kriteria kelayakan yang ditetapkan :
| KRITERIA | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 18 tahun dan ke atas |
| Kategori | Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas |
| Kadar Pendapatan | Tiada had pendapatan (terbuka kepada semua B40, M40 dan T20) |
TARIKH TERIMA BANTUAN DALAM IC 2026 ONE OFF
Penerima-penerima yang layak akan terima Bantuan SARA dalam IC yang akan dikreditkan secara One-Off pada tarikh :
| JENIS BAYARAN | TARIKH TERIMA |
|---|---|
| Bayaran One-Off terus ke dalam Kad Pengenalan (IC) penerima | 09 Februari 2026 (Isnin) |
NILAI KREDIT BANTUAN DALAM IC ONE OFF
Berikut merupakan nilai Bantuan SARA yang dikreditkan dalam IC penerima secara One-Off :
| KREDIT UNTUK ISI RUMAH | KREDIT UNTUK WARGA EMAS | KREDIT UNTUK BUJANG |
|---|---|---|
| RM100 (Suami) & RM100 (Isteri) | RM100 | RM100 |
CARA GUNA BANTUAN DALAM IC 2026
Bantuan SARA yang dikreditkan dalam IC penerima sama ada secara setiap bulan dan One-Off, boleh digunakan seperti berikut :
| LANGKAH | CARA-CARA GUNA BANTUAN |
|---|---|
| 1. | Kunjungi kedai terpilih SARA MyKasih (berhampiran anda) |
| 2. | Ambil barang keperluan yang mempunyai label SARA MyKasih pada rak tanda harga |
| 3. | Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima |
| 4. | Juruwang akan imbas semua barang yang mencukupi dengan bantuan (RM100 One-Off) |
| 5. | Bayaran akan disahkan menggunakan IC anda |
| 6. | Resit bayaran akan diberikan |
SENARAI BARANG BOLEH BELI GUNA BANTUAN DALAM IC
Antara barang-barang keperluan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan SARA Dalam IC adalah :
| BIL. | SENARAI BARANG DILULUSKAN |
|---|---|
| 1. | Beras |
| 2. | Telur |
| 3. | Minyak masak |
| 4. | Roti |
| 5. | Tepung |
| 6. | Mi segera |
| 7. | Bahan perasa (gula / garam / kicap / sos cili & sebagainya) |
| 8. | Makanan dalam tin |
| 9. | Minuman (Teh / Milo / Kopi & sebagainya) |
| 10. | Lampin pakai buang (bayi / dewasa) |
| 11. | Produk penjagaan diri (Ubat gigi / sabun mandian & sebagainya) |
| 12. | Ubat-ubatan (Ubat batuk / panadol & sebagainya) |
| 13. | Barang persekolahan |
| 14. | Produk kebersihan rumah |
CHECK KELULUSAN PENERIMA BANTUAN DALAM IC ONE OFF
Bagi yang belum mengetahui status kelulusan sebagai penerima Bantuan SARA One-Off, ikuti panduan check status di bawah :
- Sila layari laman web rasmi SARA di sini : https://www.sara.gov.my/.
- Anda akan dibawa ke halaman utama SARA.
- Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor MyKad* anda pada ruang yang disediakan.
- *Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-) (contoh : 990230112345).
- Sahkan verifikasi anda dengan klik pada kotak [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status / Check status].
- Status Kelayakan penerima Bantuan SARA One-Off akan dipaparkan.
- Selesai.
| Nama Program | SARA One-Off |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/02/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
INFO LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan atau untuk dapatkan informasi lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA One-Off, sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel rasmi seperti yang tertera di bawah :
- ☎️ Talian Rasmi : 03 7720 1800
- 📱 E-mel Rasmi : [email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.