BANTUAN ASAS RAHMAH SARA SEMAK 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN ASAS RAHMAH SARA SEMAK 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Objektif utama pemberian Bantuan Asas Rahmah (SARA) adalah untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk menampung kos pembelian barangan keperluan asas selain daripada barangan seperti produk kebersihan, peralatan pendidikan serta ubat-ubatan.

Bagaimanakah Bantuan Asas Rahmah SARA semak sama ada layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN SARA KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

KUMPULAN PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH SARA 2025

Bagi tahun 2025, penerima Bantuan Asas Rahmah (SARA) terbahagi kepada dua (2) kumpulan yang layak, iaitu :

PENERIMA STR DAFTAR E-KASIH
(STATUS MISKIN & MISKIN TEGAR)
PENERIMA STR BUKAN E-KASIH
(STATUS ASAS BUKAN MISKIN)
700,000 ribu penerima
Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang
4.7 juta penerima
Isi Rumah dan Warga Emas

NILAI BANTUAN ASAS RAHMAH SARA 2025

Setiap kumpulan akan menerima Bantuan Asas Rahmah (SARA) dengan nilai yang berbeza seperti berikut :

PENERIMA STR DAFTAR E-KASIH
(STATUS MISKIN & MISKIN TEGAR)
PENERIMA STR BUKAN E-KASIH
(STATUS ASAS BUKAN MISKIN)
Isi Rumah : RM2,100 setahunIsi Rumah : RM900 setahun
Warga Emas : RM1,650 setahunWarga Emas : RM450 setahun
Bujang : RM600 setahunBujang : –

TARIKH BANTUAN ASAS RAHMAH SARA DISALURKAN 2025

Penyaluran Bantuan Asas Rahmah (SARA) adalah pada tarikh seperti berikut :

TARIKH PENYALURAN KEPADA
PENERIMA STR DAFTAR E-KASIH
TARIKH PENYALURAN KEPADA
PENERIMA STR BUKAN E-KASIH
Disalurkan setiap bulan
selama 12 bulan
Disalurkan setiap bulan
selama 9 bulan
15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)

CARA BANTUAN ASAS RAHMAH SARA SEMAK 2025

Ikuti cara semakan Bantuan Asas Rahmah (SARA) seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Bantuan Asas Rahmah (SARA).
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment