BANTUAN 200 MYKAD 2026 : SEMAK KELAYAKAN PEMOHON SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN DALAM IC
Isi Rumah yang berpendapatan bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa layak menerima bantuan bulanan melalui MyKad (Kad Pengenalan) dengan kadar pembayaran sebanyak dua kali ganda lebih tinggi berbanding tahun sebelum ini.
Bagaimanakah semak kelayakan pemohon bantuan 200 mykad 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN RM200 MYKAD 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN DALAM IC PEMOHON
SYARAT PENERIMA
Syarat kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori eKasih RM200, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Kategori : Isi Rumah;
- Pendapatan (Gaji) kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
KADAR KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2026
Kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, kategori Isi Rumah seperti berikut:
- Kategori Penerima : Isi Rumah
- Amaun Bantuan Bulanan : RM200 Sebulan
- Kadar Kelayakan Setahun : RM2,400 Setahun
PROGRAM BANTUAN MYKAD 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah (SARA) |
| Tempoh Program | Setiap Bulan (Selama 12 Bulan) |
| Tarikh Program Bermula | Januari 2026 (akan dikemaskini dari semasa ke semasa) |
| Tarikh Program Berakhir | 31 Disember 2026 |
| Kadar Bantuan (RM) | RM200.00 (mengikut kategori kelayakan penerima) |
| Kaedah Bayaran | Bantuan dikreditkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) |
| Manfaat Bantuan | Boleh mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan secara cashless menggunakan MyKad |
JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD 200
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima setiap bulan dalam tempoh 12 bulan seperti berikut :
| FASA / BULAN PEMBAYARAN | KADAR BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Januari 2026 | RM200.00 |
| Februari 2026 | RM200.00 |
| Mac 2026 | RM200.00 |
| April 2026 | RM200.00 |
| Mei 2026 | RM200.00 |
| Jun 2026 | RM200.00 |
| July 2026 | RM200.00 |
| Ogos 2026 | RM200.00 |
| September 2026 | RM200.00 |
| Oktober 2026 | RM200.00 |
| November 2026 | RM200.00 |
| Disember 2026 | RM200.00 |
SEMAK STATUS KELAYAKAN PEMOHON
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]