BANTUAN 100 SEBULAN 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK & CARA MEMOHON
Rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima bantuan bulanan secara automatik dan boleh dibelanjakan untuk memenuhi keperluan asas harian.
Bagaimanakah semakan kelayakan dan cara memohon bantuan 100 sebulan 2026? Ikuti Info lanjut disini.
APA ITU BANTUAN 100 SEBULAN?
Bantuan bulanan merujuk kepada inisiatif Kerajaan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang memerlukan bantuan.
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan seperti berikut :
- Bantuan bulanan secara tanpa tunai;
- Bantuan dikreditkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima;
- Boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan asas yang diluluskan di pasar raya berdaftar;
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Syarat Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
- SARA eKasih :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
- Pendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- SARA STR :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH BANTUAN SEBULAN 2026
Kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bakal disalurkan ke dalam IC penerima untuk sesi 2026 seperti berikut:
- SARA eKasih (STR & eKasih)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
| Bujang | RM100 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
- SARA STR (Bukan eKasih)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM50 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
| Bujang | RM50 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
Catatan : SARA ONE-OFF RM100 akan diberikan kepada semua rakyat dewasa Malaysia melalui MyKad (Kad Pengenalana) pada pertengahan Februari 2026.
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN 100 SEBULAN 2026
Untuk mengetahui status kelayakan bantuan sama ada anda layak atau tidak, semakan boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
PERMOHONAN BANTUAN 100 SEBULAN 2026
Kelayakan penerima bantuan RM100 sebulan (SARA) adalah secara automatik, di mana semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan menerima bantuan tanpa sebarang permohonan diperlukan.
Sekiranya semakan status menunjukkan tidak layak, anda perlu memohon bantuan STR atau berdaftar di Sistem eKasih.
CARA MOHON BANTUAN 100 SEBULAN 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh di mohon secara online di Portal MySTR seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
- Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan status Perkahwinan Anda :
- Kahwin;
- Cerai;
- Kematian Pasangan;
- Bujang (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh).
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
DAFTAR EKASIH
Pendaftaran Sistem eKasih (Kategori Miskin dan Miskin Tegar) adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
- Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
- Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]