BANTUAN 100 RINGGIT 2025 : (SARA ONE OFF) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Kira-kira seramai 22 juta rakyat Malaysia yang merupakan golongan dewasa yang mempunyai kad pengenalan (MyKad) akan menerima Bantuan sebanyak RM100 yang akan dikreditkan secara one-off (sekaligus).
Bagaimanakah semakan status penerima Bantuan 100 Ringgit? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA SEMAKAN MYSARA : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN
APA ITU BANTUAN 100 RINGGIT
Bantuan yang akan disalurkan sebanyak RM100 adalah di bawah program Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang khas untuk perbelanjaan barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
SYARAT PENERIMA BANTUAN 100 RINGGIT 2025
Berikut merupakan syarat kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Asas Ramah (SARA) RM100 one-off (sekaligus) :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
TARIKH KREDIT BANTUAN 100 RINGGIT 2025
Kerajaan akan mengkreditkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 mengikut tarikh berikut :
- Bermula 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.
CARA PENERIMAAN BANTUAN 100 RINGGIT 2025
Semua 22 juta penerima yang layak akan menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara one-off (sekaligus) melalui pengkreditan terus ke dalam kad pengenalan (MyKad) yang boleh digunakan untuk perbelanjaan di mana-mana kedai terpilih.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN 100 RINGGIT 2025
Untuk mengetahui status sebagai penerima Bantuan Sumbangan Asas (SARA) RM100, ikuti panduan semakan berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my.