BANTUAN 100 ONE OFF 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Rakyat dewasa di Malaysia yang terpilih layak menerima bayaran Bantuan RM100 sekaligus (one-off) adalah direkodkan seramai 22 juta individu yang terdiri daripada golongan isi rumah, warga emas dan juga bujang.
Bagaimanakah semakan status penerima Bantuan 100 one off? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA SEMAKAN MYSARA : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN
SYARAT PENERIMA BANTUAN 100 ONE OFF 2025
Hanya yang memenuhi syarat kelayakan berikut akan menerima Bantuan RM100 sekaligus (one-off) :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
CARA BAYARAN BANTAUN 100 ONE OFF 2025
Kerajaan MADANI akan membayar Bantuan sebanyak RM100 secara sekaligus (one-off) melalui pengkreditan tanpa tunai (cashless) terus ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di 4,100 kedai terpilih seluruh negara.
TARIKH BAYARAN BANTUAN 100 ONE OFF 2025
Pembayaran Bantuan RM100 sekaligus (one-off) adalah pada tarikh :
- Bermula 31 Ogos 2025 (Ahad).
*Sah digunakan sebelum 31 Disember 2025 (Rabu).
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN 100 ONE OFF 2025
Ketahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan RM100 sekaligus (one-off) melalui semakan di portal rasmi berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my.