AMAUN WANG BANTUAN STR 2026 : CEK JUMLAH PEMBAYARAN AKAN DITERIMA PEMOHON YANG LULUS
Peruntukan sebanyak RM15 billion yang disalurkan kepada rakyat yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah B40 dan pendapatan sederhana M40 melalui Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibayar dengan amaun yang sepadan dengan kelayakan penerima.
Bagaimanakah cek amaun wang Bantuan STR 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
AMAUN WANG BANTUAN STR 2026
Wang Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 disalurkan dengan amaun bermula RM200 sehingga RM2,200 bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN STR |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak – RM700 1 / 2 anak – RM1,200 3 / 4 anak – RM1,700 >5 anak – RM2,200 |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | Tiada anak – RM200 1 / 2 anak – RM450 3 / 4 anak – RM700 >5 anak – RM950 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
| Bujang | – |
KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN STR 2026
Untuk memudahkan rakyat menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Kerajaan menyediakan dua (2) kaedah pembayaran yang mengikut jenis penerima seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN STR |
|---|---|
| Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Pembayaran adalah secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan penerima |
| Penerima Ada Akaun Bank | Pembayaran secara pengkreditan tunai melalui akaun bank mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR |
JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN STR 2026
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 dijadualkan secara berperingkat melalui empat (4) fasa pada tarikh-tarikh seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN STR |
|---|---|
| Fasa 1 | Mulai 20 Januari 2026 (Selasa) |
| Fasa 2 | Belum diumumkan |
| Fasa 3 | Belum diumumkan |
| Fasa 4 | Belum diumumkan |
SEMAK KELULUSAN PERMOHONAN BANTUAN STR 2026
Bagi pemohon-pemohon yang telah kemukakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), status kelulusan permohonan boleh disemak secara online melalui laman web rasmi seperti di bawah :
- Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelulusan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini di rujuk berdasarkan info sahih dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.