AMAUN DUIT BANTUAN TUNAI STR 2026 : CEK JUMLAH PEMBAYARAN YANG BAKAL DAPAT OLEH PENERIMA YANG LAYAK
Bagi berlaku adil, Kerajaan akan memberikan duit Bantuan Tunai STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dengan amaun yang selayaknya mengikut kategori dan kelayakan penerima yang dilihat daripada kadar pendapatan dan juga bilangan anak (tanggungan) masing-masing.
Bagaimanakah cara cek amaun duit Bantuan Tunai STR ikut kelayakan penerima? Baca maklumat lebih lanjut di bawah.
AMAUN DUIT BANTUAN TUNAI STR 2026
Selain Bantuan Tunai STR, penerima yang layak akan turut menerima Bantuan SARA sebagai tambahan dan amaun yang akan disalurkan adalah tertakluk kepada kelayakan penerima seperti berikut :
- Isi Rumah B40 :
| BIL. ANAK | AMAUN BANTUAN TUNAI STR | AMAUN BANTUAN SARA |
|---|---|---|
| Tiada | RM700 | RM1,200 atau RM2,400 |
| 1-2 orang | RM1,200 | RM1,200 atau RM2,400 |
| 3-4 orang | RM1,700 | RM1,200 atau RM2,400 |
| >5 orang | RM2,200 | RM1,200 atau RM2,400 |
- Isi Rumah M40 :
| BIL. ANAK | AMAUN BANTUAN TUNAI STR | AMAUN BANTUAN SARA |
|---|---|---|
| Tiada | RM200 | RM1,200 |
| 1-2 orang | RM450 | RM1,200 |
| 3-4 orang | RM700 | RM1,200 |
| >5 orang | RM950 | RM1,200 |
- Warga Emas :
| BIL. ANAK | AMAUN BANTUAN TUNAI STR | AMAUN BANTUAN SARA |
|---|---|---|
| Tiada atau Bukan lagi tanggungan | RM600 | RM600 atau RM1,800 |
- Bujang :
| BIL. ANAK | AMAUN BANTUAN TUNAI STR | AMAUN BANTUAN SARA |
|---|---|---|
| Tiada | Tiada | RM600 atau RM1,200 |
JADUAL AGIHAN DUIT BANTUAN TUNAI STR 2026
Duit Bantuan Tunai STR tidak akan diagihkan sekaligus, namun ianya akan diagihkan secara berperingkat dari Fasa Satu (1) hingga ke Fasa Empat (4) supaya rakyat dapat menerima bantuan sepanjang tahun.
Berikut merupakan jadual agihan bagi tahun 2026 :
| PERINGKAT BAYARAN | TARIKH AGIHAN |
|---|---|
| Fasa Satu (1) | Bermula 20 Januari 2026 sehingga 30 Januari 2026 |
| Fasa Dua (2) | Belum diketahui |
| Fasa Tiga (3) | Belum diketahui |
| Fasa Empat (4) | Belum diketahui |
MEDIUM AGIHAN BANTUAN TUNAI STR 2026
Bantuan Tunai STR akan diagihkan mengikut kepada jenis penerima bagi memudahkan penerima untuk menerima bayaran dan setiap penerima akan terima bayaran melalui dua (2) jenis medium berikut :
| JENIS PENERIMA | MEDIUM AGIHAN |
|---|---|
| Penerima mempunyai akaun bank aktif (atas nama sendiri / pasangan) | Agihan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima / akaun bank penerima melalui sistem ‘IBG Fund Credit‘ |
| Penerima tiada akaun bank atau Status ‘Gagal Kredit’ (termasuk penerima di Sabah dan Sarawak) | Agihan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan penerima |
CEK KELAYAKAN & JUMLAH BANTUAN TUNAI STR BAKAL DITERIMA 2026
Bagaimanapun, setiap pemohon boleh mengetahui kelayakan dan berapa jumlah Bantuan Tunai STR yang akan diterima bagi tahun 2026. Ikuti cara cek kelayakan secara online seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
- Tekan [Semak].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang [Semak].
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
- Status Kelayakan penerima & amaun bayaran STR akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Untuk info lanjut atau sebarang atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.