AMAUN BANTUAN STR YANG DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN DUIT YANG DITERIMA PENERIMA YANG LAYAK UNTUK FASA 1
Tahukah anda? Jumlah amaun bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 berkemungkinan akan berubah pada tahun 2026, jadi penerima yang berkelayakan boleh menyemak dan mengemaskini status bantuan terbaharu STR dengan kadar segera.
Bagaimanakah Cara Semak Amaun Bantuan STR yang dibayar 2026? Ikuti info lanjut disini.
AMAUN BANTUAN STR YANG DIBAYAR 2026
Bantuan STR akan dibayar dengan amaun yang berbeza bergantung kepada kategori penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN STR |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | RM700 – Tiada anak RM1,200 – 1/2 anak RM1,700 – 3/4 anak RM2,200 – 5 anak ke atas |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | RM200 – Tiada anak RM450 – 1/2 anak RM700 – 3/4 anak RM950 – 5 anak ke atas |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
| Bujang Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada (diganti Bantuan SARA) |
SEMAK AMAUN BANTUAN STR IKUT KELAYAKAN 2026
Ikuti cara semak berapa amaun Bantuan STR yang anda layak mengikut status kelayakan permohonan anda :
- Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan & amaun Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
TATA CARA BANTUAN STR DIBAYAR 2026
Terdapat dua (2) tata cara Bantuan STR dibayar kepada penerima untuk tahun 2026 :
| JENIS PENERIMA | TATA CARA BAYARAN |
|---|---|
| Penerima Ada Akaun Bank | Dikreditkan menerusi sistem ‘IBG Fund Transfer’ terus ke dalam akaun bank penerima atau akaun bank pasangan |
| Penerima Tiada Akaun Bank | Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau kaunter pemberian yang akan dimaklumkan |
JADUAL BAYARAN BANTUAN STR 2026
Bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 dijadualkan berfasa seperti berikut :
| FASA-FASA | BAYARAN BANTUAN STR |
|---|---|
| Fasa 1 | Januari / Februari 2026 (akan dikemaskini) |
| Fasa 2 | Mac / April 2026 (akan dikemaskini) |
| Fasa 3 | Ogos 2026 (akan dikemaskini) |
| Fasa 4 | November 2026 (akan dikemaskini) |
MAKLUMAT LANJUT BANTUAN STR
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]