BANTUAN MYSARA : SEMAKAN STATUS 2026 ONLINE

BANTUAN MYSARA : SEMAKAN STATUS 2026 ONLINE

Hampir 9 juta rakyat Malaysia layak menerima elaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, termasuk Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tanpa Pasangan, untuk mendapatkan lebih 140,000 barangan asas dalam 15 kategori yang diluluskan untuk memenuhi keperluan harian.

Bagaimanakah semakan status bantuan mysara 2026 online? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: MYSTR FASA 3 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

PENGENALAN BANTUAN MYSARA

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah Program lanjutan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan ini dilaksanakan sebagai bantuan tambahan kepada semua penerima STR.

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan seperti berikut :

Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah (SARA)
Jenis BantuanTanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan)
Tempoh Bantuan12 Bulan
KelayakanSemua penerima STR (eKasih dan Bukan eKasih)
ManfaatBoleh berbelanja barangan keperluan asas yang diluluskan dengan bayaran menggunakan MyKad mengikut kadar elaun yang dikreditkan

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYSARA

Syarat Kelayakan Bantuan MySARA 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Berstatus eKasih);
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Bukan eKasih);
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSARA

Bantuan MySARA dilaksanakan seperti berikut :

TARIKH MASUK BAYARANTARIKH LUPUT
9 Januari 2026
16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
31 Disember 2026

JUMLAH BULANAN BANTUAN MYSARA

Kadar elaun bulanan Bantuan MySARA adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSARA

Panduan lengkap semakan status kelayakan bantuan mysara secara online :

PORTAL SEMAKANPAUTAN
Portal SARAhttps://sara.gov.my/
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

Cara Semak Status Kelayakan di Portal SARA :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Halaman utama Portal akan dipaparkan.
  3. Kemudian, tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. Seterusnya, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 200.00
  9. ⁠Selesai.

Cara Semak Status Kelayakan di Portal MySTR :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. Halaman Utama Log Masuk MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Tekan (Semak Status Permohonan STR).
  11. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  12. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

10 thoughts on “BANTUAN MYSARA : SEMAKAN STATUS 2026 ONLINE”

  1. Saya buat semakan kat str lulus Sara one off tapi ke portal mykasih tiada rekod ditemui…pada siapa yang saya boleh tanya

    Reply
    • Untuk Bantuan SARA ONE OFF tiada kaitan dengan MyKasih, bantuan ini bantuan tambahan dalam bentuk tunai. MyKasih SARA untuk kumpulan Miskin dan Miskin Tegar yang dalam pangkalan data eKasih. Tuan penerima Bantuan SARA One Off kerana tuan juga penerima STR.

      Reply

Leave a Comment