SEMAK JUMLAH STR FASA 4 2026
Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa empat (4) akan disalurkan bermula RM100 sehingga RM500 mengikut kategori dan kelayakan penerima. Kemungkinan penerima baharu yang baru disahkan layak akan menerima bayaran dengan jumlah yang berbeza.
Bagaimanakah cara semak jumlah STR Fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : STR BUJANG 2027 KELAYAKAN PERMOHONAN BAHARU (PANDUAN LENGKAP)
SEMAK JUMLAH STR FASA 4 2026
Kategori isi rumah dan bujang akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dengan jumlah yang berbeza sebanyak berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| BILANGAN ANAK | ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 |
|---|---|---|
| Tiada | RM150 | – |
| 1 – 2 orang | RM300 | RM100 |
| 3 – 4 orang | RM400 | RM150 |
| 5 orang / lebih | RM500 | RM250 |
- Kategori Bujang :
| BILANGAN ANAK | BUJANG UMUR 21 HINGGA 59 TAHUN | BUJANG UMUR 60 TAHUN KE ATAS |
|---|---|---|
| Tiada | – | RM150 |
KAEDAH BAYARAN STR FASA 4 2026
Supaya penerima mudah untuk menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kerajaan menyediakan dua (2) kaedah bayaran mengikut penerima berikut :
- 🏦 Bayaran Secara Tunai Di Kaunter Bank :
- Penerima yang tiada akaun bank / maklumat akaun bank tidak lengkap / status ‘Gagal Kredit’, perlu menuntut bayaran STR secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bawa MyKad asal bersama.
- 💳 Bayaran Secara Pengkreditan Dalam Akaun Bank :
- Penerima yang ada akaun bank dan lengkap maklumat akaun bank atas nama sendiri perlu menunggu bayaran STR dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing.
JADUAL BAYARAN STR FASA 4 2026
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 untuk penerima sedia ada dan penerima baharu akan dilaksanakan mengikut jadual seperti berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Penerima Sedia Ada | November 2026 (Tarikh rasmi masih belum diumumkan) |
| Penerima Baharu | November 2026 (Tarikh rasmi masih belum diumumkan) |
Setiap penerima yang mempunyai akaun bank akan menerima bayaran secara berperingkat mengikut anggaran waktu seperti berikut :
| NAMA BANK | WAKTU BAYARAN |
|---|---|
| Bank Simpanan Nasional (BSN) | Selepas 9 pagi |
| Bank Islam | Selepas 6 petang |
| Affin Bank | Selepas 8 malam |
| Ambank | Selepas 8 malam |
| Maybank | Selepas 9 malam |
| Cimb Bank | Selepas 9 malam |
| RHB Bank | Selepas 9 malam |
| Bank Muamalat | Selepas 10 malam |
| Lain-lain bank | Selepas 10 malam |
SEMAKAN STATUS STR FASA 4 2026
Untuk mengetahui status kelayakan dan berapa jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan diterima untuk Fasa 4, anda boleh buat semakan seperti berikut :
- Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan dan jumlah Bantuan STR Fasa 4 yang layak diterima akan dipaparkan.
- Selesai.
PERTANYAAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
☎️ Talian STR HASiL : 1800 88 2747
📞 Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
📱 E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.