JUMLAH STR WARGA EMAS 2027 – RM600 & RM1800

JUMLAH STR WARGA EMAS 2027 – RM600 & RM1800

Berdasarkan rekod tahun sebelum ini hanya seramai 1.3 juta sahaja rakyat yang merupakan Warga Emas yang layak menerima bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah). Untuk tahun 2027, kerajaan menaikkan jumlah bayaran dan meluaskan bilangan penerima baharu.

Berapakah jumlah STR Warga Emas? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BILA BAYARAN STR : FASA 4 2026

APA ITU STR?

STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Madani untuk membantu rakyat B40 dan M40 bagi mengatasi bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

JUMLAH STR WARGA EMAS 2027

Setiap Warga Emas yang layak akan menerima bayaran STR bersama dengan Bantuan SARA sebanyak jumlah berikut :

JUMLAH STRSARA ASASSARA E-KASIH
RM600RM600RM1,800

SYARAT KELAYAKAN STR WARGA EMAS

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima STR Warga Emas :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Bujang (belum kahwin) / Balu (kematian pasangan) / Bercerai;
  • Tiada anak / anak bukan tanggungan lagi;
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.

TARIKH PERMOHONAN STR WARGA EMAS

Warga Emas yang memenuhi syarat kelayakan boleh kemukakan permohonan STR untuk tahun 2027 bermula pada tarikh seperti berikut :

  • 📝 Permohonan secara manual bertulis melalui kertas permohonan yang boleh dapat di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bermula pada : 1 Oktober 2026.
  • đź’» Permohonan secara online melalui Portal Rasmi MySTR yang boleh diakses bermula : 15 Oktober 2026.

CARA MOHON STR WARGA EMAS 2027

Ikuti panduan lengkap cara mohon Bantuan STR secara online seperti berikut :

  1. Layari laman Portal Rasmi MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama MySTR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
  3. Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
  4. Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
  5. Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
  6. Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
  7. Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
  8. Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
  9. Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
    • “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
  10. Selesai.

*Jika Warga Emas mempunyai masalah untuk akses Portal Rasmi MySTR, Warga Emas boleh kemukakan permohonan STR secara manual di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terdekat.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment