STR BUJANG 2027 KELAYAKAN PERMOHONAN BAHARU (PANDUAN LENGKAP)
Permohonan baharu bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) BUJANG kini dibuka untuk pemohon baharu membuat permohonan secara dalam talian (online), dan manual di pejabat HASiL.
Untuk menikmati pembayaran awal bantuan Kerajaan ini, pemohon baharu perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan bagi pembayaran awal.
Apakah syarat kelayakan permohonan str bujang 2027? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BAYARAN STR 2026 FASA 4 : SEMAKAN KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK
KADAR KELAYAKAN STR BUJANG 2027
Pemohon baharu atau penerima sedia ada BANTUAN STR BUJANG yang berstatus ‘Lulus’, akan menerima bantuan STR dengan kaedah pembayaran yang digantikan melalui PROGRAM SARA dengan jumlah bayaran diberikan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Bujang (Miskin / Miskin Tegar eKasih) | RM1,200 |
| Bujang (Bukan Miskin / Miskin Tegar eKasih) | RM600 |
Info Penting : Pembayaran STR BUJANG akan dilaksanakan melalui kaedah pembayaran SARA setiap bulan.
SYARAT KELAYAKAN STR BUJANG 2027
Syarat dan kelayakan penerima STR BUJANG 2027, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); dan
- Berumur 21 sehingga 59 tahun; atau
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPTA / IPTS) sepenuh masa; dan
- Pendapatan bulanan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Info penting :
- Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) IPTA atau IPTS yang menuntut secara sepenuh masa (full-time) TIDAK LAYAK membuat PERMOHONAN STR BUJANG 2027.
- Walau bagaimanapun, pelajar pengajian sambilan (part-time), separuh masa yang bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri bawah RM2,500 adalah LAYAK untuk memohon.
CARA PERMOHONAN STR BUJANG
Permohonan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, terdiri daripada dua (2) kaedah seperti berikut :
- Permohonan Secara Manual (Fizikal) :
- Melalui borang kertas permohonan STR (BK-01) di Pejabat Hasil / HASiL Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan
- Permohonan Secara Dalam Talian (Online) :
- Melalui dalam talian (online) di Portal Rasmi MySTR
Catatan : Permohonan STR 2027 dibuka sepanjang tahun mulai 01 Oktober 2026 bagi permohonan secara borang manual manakala permohonan secara dalam talian dibuka mulai 15 Oktober 2026.
PERMOHONAN STR BUJANG 2027 ONLINE
Sekiranya anda memenuhi kriteria kelayakan STR BUJANG 2027, anda boleh membuat permohonan secara online di Portal Rasmi MySTR seperti langkah-langkah berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
- Klik butang (Teruskan Permohonan Baharu) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Halaman Permohonan Baru akan dipaparkan, dan Lengkapkan Maklumat Pemohon (ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi).
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon;
- Pekerjaan;
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan Status Perkahwinan Pemohon :
- Kahwin;
- Cerai;
- Kematian Pasangan;
- Bujang
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian Kementerian Kewangan (MOF) : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/FAQSistem