SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2027 : SEMAK KELAYAKAN, JUMLAH & JADUAL BAYARAN

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2027 : SEMAK KELAYAKAN, JUMLAH & JADUAL BAYARAN

Seramai lebih 9 juta rakyat Malaysia yang memenuhi kelayakan akan menerima manfaat Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara tunai selama empat (4) fasa dengan jumlah bermula RM600 sehingga maksimum RM4,600 setahun.

Bagaimanakah semak kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR FASA 4 DIBAYAR BILA : SEMAK TARIKH BAYARAN 2026

PENGENALAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan inisiatif bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah payung rahmah untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40).

Antara tujuan antuan Sumbangan Tunai Rahmah :

  • Meringankan beban kewangan
  • Membantu penerima menampung perbelanjaan harian seperti makanan, bil utiliti dan keperluan keluarga.
  • Membantu golongan yang memerlukan
  • Memberikan sokongan kewangan kepada isi rumah berpendapatan rendah, warga emas yang layak dan kategori lain yang ditetapkan.
  • Menyokong kesejahteraan rakyat.
  • Membantu mengurangkan tekanan kewangan akibat peningkatan kos sara hidup.

JUMLAH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2027

Selain Sumbangan Tunai Rahmah, penerima yang layak juga akan sekaligus menerima Sumbangan Asas Rahmah juga dengan jumlah yang berbeza mengikut kategori seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH STR
(RM)
TAMBAHAN
SARA
(RM)
Isi Rumah B40
(Tiada anak)
2001,800
Isi Rumah B40
(1 – 2 anak)
6001,800
Isi Rumah B40
(3 – 4 anak)
1,1001,800
Isi Rumah B40
(>5 anak)
1,6001,800
Isi Rumah M40
(Tiada anak)
2001,200
Isi Rumah M40
(1 – 2 anak)
4501,200
Isi Rumah M40
(3 – 4 anak)
7001,200
Isi Rumah M40
(>5 anak)
9501,200
Bujang
(21 – 59 tahun)
–600
Bujang
(60 tahun ke atas)
600600
*Nota : Bagi yang berdaftar e-Kasih pula akan menerima tambahan Sumbangan Asas Rahmah sebanyak RM600 dan RM1,200 bersama jumlah di atas.

JADUAL BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bukanlah dilaksanakan sekaligus, namun ianya dilaksanakan secara berperingkat selama empat (4) fasa berikut :

PERINGKAT
FASA
TARIKH BAYARANTUJUAN
Fasa 1Januari 2027Persediaan awal tahun
dan
Sambutan Tahun Baru Cina
Fasa 2Mac 2027Persediaan menyambut
Perayaan Aidilfitri
Fasa 3Ogos 2027Sebelum sambutan
Hari Kebangsaan
Fasa 4November 2027Persediaan akhir tahun
dan
Sambutan Deepavali
*Nota : Bayaran Sumbangan Asas Rahmah pula dilaksanakan secara ansur setiap bulan yang disalurkan melalui MyKad penerima untuk membeli barang keperluan asas.

SEMAK KELAYAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah dipilih berdasarkan syarat-syarat kelayakan khas yang ditetapkan bagi setiap kategori seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
    • Berkahwin, atau ibu/bapa tunggal, balu, janda atau duda yang mempunyai anak menepati syarat.
    • Pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
  • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan :
    • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
    • Berumur 60 tahun dan ke atas.
    • Bujang atau tiada pasangan dan tidak mempunyai anak yang menepati kategori isi rumah.
    • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
  • Kategori Bujang :
    • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
    • Berumur 21 hingga 59 tahun, atau 19 hingga 59 tahun bagi OKU berdaftar dengan JKM.
    • Bujang atau tiada pasangan dan tiada anak yang menepati syarat kategori isi rumah.
    • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
    • Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa.

CARA MOHON SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Bagi yang belum pernah memohon Sumbangan Tunai Rahmah, anda kini boleh mula kemukakan permohonan untuk penerimaan bayaran bagi tahun 2027. Ikuti panduan cara mohon yang lengkap di bawah :

  1. Layari laman Portal Rasmi MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama MySTR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
  3. Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
  4. Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
  5. Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
  6. Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
  7. Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
  8. Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
  9. Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
  10. “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
  11. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

☎️ Talian STR HASiL : 1800 88 2747
📞 Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
📱 E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment