KEMAS KINI STR 2027 : PANDUAN LENGKAP

KEMAS KINI STR 2027 : PANDUAN LENGKAP

Pemohon sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat perlulah mengemaskini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang terdahulu untuk penerimaan bayaran dengan nilai terbaru bagi tahun 2027.

Bagaimanakah cara kemas kini STR 2027? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : BILA BAYARAN STR FASA 4 2026 – SEMAK JADUAL TERKINI

PEMOHON YANG PERLU KEMAS KINI STR

Hanya pemohon yang tersenarai seperti berikut sahaja perlu untuk kemaskini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :

  • Sudah lama tidak mengemas kini maklumat STR.
  • Bertukar nombor telefon atau alamat.
  • Mengalami perubahan status perkahwinan atau tanggungan.
  • Maklumat akaun bank telah berubah.
  • Maklumat permohonan terdahulu tidak lagi tepat.

*Penting: Tidak semua penerima perlu mengemas kini permohonan secara automatik. Walau bagaimanapun, pemohon yang tidak mengemas kini STR selama tiga tahun berturut-turut diwajibkan berbuat demikian, tertakluk pada ketetapan rasmi.

SEBAB KENA KEMAS KINI STR

Antara sebab-sebab kena kemaskini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah untuk :

  1. Memastikan Maklumat Peribadi Tepat
    • Pastikan maklumat seperti alamat, nombor telefon dan status perkahwinan adalah betul serta terkini.
  2. Mengemas Kini Maklumat Pendapatan
    • Perubahan pendapatan boleh mempengaruhi penilaian kelayakan bantuan berdasarkan syarat yang ditetapkan kerajaan.
  3. Mengelakkan Masalah Pembayaran
    • Pastikan maklumat akaun bank pemohon atau pasangan adalah betul bagi mengurangkan risiko kegagalan pengkreditan bayaran.
  4. Mengemas Kini Maklumat Pasangan dan Anak
    • Sebarang perubahan status perkahwinan, bilangan anak atau tanggungan perlu dimaklumkan supaya maklumat permohonan sepadan dengan keadaan semasa.
  5. Memastikan Kelayakan Bantuan Dinilai Dengan Betul
    • Maklumat yang lengkap dan tepat membantu pihak LHDNM membuat semakan kelayakan STR berdasarkan syarat yang berkuat kuasa.
  6. Mematuhi Keperluan Kemas Kini Permohonan
    • Pemohon yang tidak mengemas kini permohonan STR selama tiga tahun berturut-turut perlu berbuat demikian bagi memastikan maklumat yang dikemukakan masih tepat.

KEMAS KINI STR 2027

Berikut adalah panduan cara kemaskini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online :

  1. Sila layari laman web rasmi Portal MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Klik terus pada butang [Log Masuk].
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan tersebut.
  4. Klik butang [Semak].
  5. Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan, klik butang [Ya] jika betul.
  6. Masukkan kata laluan yang anda tetapkan.
  7. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  8. Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
  9. Klik pada [Kemas kini Permohonan].
  10. Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat.
  11. Muat naik dokumen Sokongan.
  12. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
  13. ⁠Klik pada butang [Hantar].
  14. Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  15. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment