PERMOHONAN STR BARU : 2027 ONLINE
Terkini! Permohonan baru STR 2027 dibuka sepanjang tahun mulai 15 Oktober 2026, dan individu yang tidak pernah memohon boleh membuat permohonan segera dan penerima sedia ada yang tidak mengemas kini permohonan STR selama tiga (3) tahun berturut-turut dikehendaki mengemas kini permohonan STR 2027 bagi memastikan maklumat yang dikemukakan adalah terkini dan tepat.
Bagaimanakah permohonan str baru 2027 online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga : PERMOHONAN STR BUJANG 2027 : CARA MOHON ONLINE
SIAPAKAH PERLU MEMBUAT PERMOHONAN BARU?
Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2027, terdiri daripada :
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2026; atau
- Permohon yang belum pernah menerima STR;
- Isi Rumah atau Warga Emas Tiada Pasangan yang mempunyai pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah; atau
- Individu Bujang Tiada Pasangan & Tiada Anak yang mempunyai pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah.
SYARAT KELAYAKAN STR 2027
Sebelum membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda mestilah memenuhi kriteria dan kelayakan STR 2027 seperti berikut :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas (Tiada Pasangan)
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
BORANG PERMOHONAN STR BARU
Berikut merupakan borang permohonan STR 2027 (Borang BK-01) yang rasmi yang boleh didapatkan secara online di Portal MySTR atau muat turun (download) seperti di bawah :
TARIKH PERMOHONAN STR BARU
Pemohon baharu yang memenuhi syarat kelayakan permohonan STR 2027, boleh membuat permohonan dalam talian (online) bermula tarikh rasmi berikut :
| KAEDAH PERMOHONAN | TARIKH PERMOHONAN |
|---|---|
| Permohonan Secara Online Melalui dalam talian (online) di Portal Rasmi MySTR | 15 Oktober 2026, Khamis |
PERMOHONAN STR BARU
Sekiranya anda memenuhi kriteria kelayakan permohonan STR baru 2027, boleh ikuti cara permohonan online di Portal Rasmi MySTR seperti langkah-langkah berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
- Klik butang (Teruskan Permohonan Baharu) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Halaman Permohonan Baru akan dipaparkan, dan Lengkapkan Maklumat Pemohon (ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi).
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon;
- Pekerjaan;
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan Status Perkahwinan Pemohon :
- Kahwin;
- Cerai;
- Kematian Pasangan;
- Bujang
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
KADAR KELAYAKAN STR BARU
Setiap penerima dan pemohon yang lulus permohonan STR 2027, akan menerima bayaran dengan amaun seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 ke bawah) :
| BILANGAN ANAK | KADAR KELAYAKAN STR 2027 |
|---|---|
| Tiada Anak | RM200 |
| 1 – 2 Anak | RM600 |
| 3 – 4 Anak | RM1,100 |
| 5 Anak Ke Atas | RM1,600 |
- Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
| BILANGAN ANAK | KADAR KELAYAKAN STR 2027 |
|---|---|
| Tiada Anak | RM200 |
| 1 – 2 Anak | RM450 |
| 3 – 4 Anak | RM700 |
| 5 Anak Ke Atas | RM950 |
- Warga Emas Tanpa Pasangan :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN STR 2027 |
|---|---|
| Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang) Berusia 60 tahun dan ke atas | RM600 |
Info : Bantuan STR Bujang digantikan melalui pemberian SARA.
SUMBER RUJUKAN LANJUT
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian Kementerian Kewangan (MOF) : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/