BANTUAN STR 2027 (PERMOHONAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)

BANTUAN STR 2027 (PERMOHONAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)

Kadar peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tahun 2027, ditambahbaik dengan peningkatan sehingga RM16 bilion.

Bagaimanakah permohonan baharu str online 2027? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga : CARA PERMOHONAN STR ONLINE 2027

JUMLAH BANTUAN STR 2027

Hasil pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, berikut merupakan intipati bayaran program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 :

  • Peningkatan kadar peruntukan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2027 kepada RM16 bilion.
  • Seramai 9 juta warganegara Malaysia layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027.
  • Setiap penerima STR 2027, akan menerima bantuan tambahan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan dengan amaun diberikan sehingga RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun.
  • Pemberian SARA MADANI (ONE-OFF) RM100 kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas.
    • RM100 Sebelum Aidilfitri;
    • RM100 menjelang ambang tujuh dasawarsa Merdeka
  • Perluasan penggunaan kredit atau elaun bulanan SARA kepada pembelian barangan basah dan segar di 216 Pasar Tani dan Tamu FAMA di seluruh negara, serta penambahan rangkaian rakan niaga SARA kepada 10,000 premis sebelum hujung tahun 2026.
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN STR 2027
Isi Rumah
berpendapatan RM2,500 ke bawah
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM600
Anak 3 hingga 4 : RM1,100
Anak 5 dan Ke atas : RM1,600
Isi Rumah
berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM450
Anak 3 hingga 4 : RM700
Anak 5 dan Ke atas : RM950
Warga Emas Tiada Pasangan
(Berumur 60 tahun dan ke atas)
RM600
Bujang
(Berumur 21-59 tahun)
Bayaran digantikan Bantuan SARA

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR

Sebelum membuat permohonan STR 2027, anda mestilah memenuhi kriteria dan kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KATEGORI PENERIMASYARAT DAN KELAYAKAN
Isi RumahBerkahwin
(Ada atau Tiada Anak);

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Ada Anak);

Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah
  • Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan :
KATEGORI PENERIMASYARAT DAN KELAYAKAN
Warga Emas Tanpa PasanganBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak);

Berumur 60 tahun dan ke atas;

Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah
  • Kategori Bujang :
KATEGORI PENERIMASYARAT DAN KELAYAKAN
BujangBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak);

Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun;

Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU);

Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;

Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah

BANTUAN STR 2027

Sekiranya anda memenuhi kriteria dan kategori kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh membuat permohonan STR 2027 secara online seperti langkah-langkah berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
  3. ⁠Klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda :
    • Kahwin;
    • Cerai;
    • Kematian Pasangan;
    • Bujang
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  14. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  15. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  16. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  17. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  18. Muat naik dokumen Sokongan.
  19. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  20. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  21. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  22. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  23. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  24. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  25. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  26. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  27. ⁠Selesai.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan STR 2027 boleh dimohon secara fizikal atau dalam talian (online) bermula tarikh rasmi berikut :

KAEDAH PERMOHONANTARIKH PERMOHONAN
Permohonan Secara Fizikal (manual)

Melalui borang kertas permohonan STR (BK-01)
di Pejabat Hasil / HASiL Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan
1 Oktober 2026, Khamis
Permohonan Secara Online

Melalui dalam talian (online) di Portal Rasmi MySTR
15 Oktober 2026, Khamis

RUJUKAN LANJUT

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Leave a Comment