CARA MOHON STR SARA : PENERIMAAN BAYARAN 2027

CARA MOHON STR SARA : PENERIMAAN BAYARAN 2027

Kerajaan telah pertingkatkan kadar peruntukan untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sehingga RM16 billion yang juga merupakan peruntukan tertinggi dalam sejarah. Peruntukan ini akan memanfaatkan seramai 9 juta rakyat yang berkelayakan memohon.

Bagaimanakah cara mohon STR SARA 2027? Rujuk panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI KHAS 2027 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

JUMLAH BANTUAN STR SARA 2027

Untuk tahun 2027, jumlah Bantuan STR dan SARA akan dipertingkatkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut :

  • Isi Rumah B40 akan terima Bantuan STR & SARA :
BILANGAN ANAKJUMLAH STRJUMLAH SARA
Tiada anakRM200RM1,800
1 hingga 2 orangRM600RM1,800
3 hingga 4 orangRM1,100RM1,800
5 orang atau lebihRM1,600RM1,800
  • Isi Rumah M40 akan terima Bantuan STR & SARA :
BILANGAN ANAKJUMLAH STRJUMLAH SARA
TiadaRM200RM1,200
1 hingga 2 orangRM450RM1,200
3 hingga 4 orangRM700RM1,200
5 orang atau lebihRM950RM1,200
  • Warga Emas Tiada Pasangan akan terima Bantuan STR & SARA :
BILANGAN ANAKJUMLAH STRJUMLAH SARA
TiadaRM600RM600
  • Bujang akan terima Bantuan STR & SARA :
BILANGAN ANAKJUMLAH STRJUMLAH SARA
Tiada–RM600

*Catatan : Penerima STR yang berdaftar dalam e-Kasih akan terima bayaran SARA dengan jumlah yang tertinggi bernilai RM1,200 (bujang), RM1,800 (warga emas) dan RM2,400 (isi rumah).

TARIKH MOHON STR SARA 2027

Untuk penerimaan bayaran Bantuan STR dan Bantuan SARA tahun 2027, pemohon boleh mula kemukakan permohonan pada tarikh yang tertera seperti berikut :

CARA MOHONTARIKH PERMOHONAN
Permohonan secara manual
di Pejabat
Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDNM)
Bermula 1 Oktober 2026
Permohonan secara online
melalui Portal Rasmi MySTR
Bermula 15 Oktober 2026

SYARAT KELAYAKAN STR SARA

Penerima Bantuan STR dan SARA mestilah mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :

  • Kelayakan Penerima STR :
    • Warganegara Malaysia;
    • Had Umur :
      • Isi Rumah – 18 tahun dan ke atas;
      • Bujang – 21 hingga 59 tahun; dan
      • Warga Emas – 60 tahun dan ke atas.
    • Status Perkahwinan :
      • Berkahwin / Bujang / Balu / Duda / Janda.
    • Kadar Pendapatan :
      • B40 – Pendapatan bawah RM2,500 sebulan;
      • M40 – Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan.
  • Kelayakan Penerima SARA :
    • Warganegara Malaysia;
    • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
    • Tersenarai dalam rekod data e-Kasih sebagai penerima ‘Miskin & Miskin Tegar’.

*Penerima SARA RM200 One-Off khas untuk semua rakyat berumur 18 tahun dan ke atas.

CARA MOHON STR SARA

Untuk mendapatkan Bantuan STR dan SARA, anda hanya perlu kemukakan permohonan STR sahaja dan secara automatik akan turut menerima SARA untuk sepanjang tahun.

Ikuti panduan cara mohon online yang lengkap di bawah :

  1. Layari laman Portal Rasmi MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama MySTR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
  3. Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
  4. Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
  5. Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
  6. Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
  7. Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
  8. Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
  9. Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
  10. “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
  11. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

📞 Talian HASiL : 1800 88 2747
☎️ Talian MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
💻 E-mel STR & SARA : [email protected] & [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment