JUMLAH BAYARAN STR & SARA 2027 : KADAR MENGIKUT KATEGORI
Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan telahpun membentangkan Belanjawan 2027 dan telah menyatakan peruntukan untuk bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dinaikkan daripada RM15 billion (2026) kepada RM16 billion (2027).
Kenaikkan kadar peruntukan ini adalah untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup bagi setiap rakyat yang benar-benar memerlukan khususnya golongan berpendapatan rendah dan pendapatan sederhana.
Berapakah jumlah bayaran STR & SARA 2027? Dalam artikel ini, kami senaraikan kadar bayaran mengikut ringkasan Belanjawan 2027 yang telah dibentangkan.
BACA JUGA : INTIPATI BELANJAWAN 2027 : SENARAI BANTUAN YANG DIUMUMKAN
JUMLAH BAYARAN STR & SARA 2027
Berdasarkan Belanjawan 2027 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, berikut merupakan jumlah peruntukan yang akan disalurkan kepada rakyat Malaysia yang layak melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
| KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR 2027 |
|---|---|
| Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) | Belum diperincikan mengikut bilangan tanggungan penerima |
| Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | Belum diperincikan mengikut bilangan tanggungan penerima |
| Warga Emas Tiada Pasangan | Belum diperincikan |
| Bujang (21 – 59 tahun) | Belum diperincikan |
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
| JUMLAH BAYARAN BULANAN | JUMLAH BAYARAN SEKALIGUS |
|---|---|
| Isi Rumah yang merupakan penerima STR akan terima bayaran SARA RM150 sebulan sehingga RM1,800 setahun (berbanding bayaran tahun 2026 RM100 sebulan sehingga RM1,200 sahaja setahun) | RM100 akan dibayar dua (2) kali menjadikan bayaran sekaligus (one-off) sehingga RM200 setahun untuk semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas (berbanding bayaran tahun 2026 RM100 hanya sekali bayar sahaja) |
PERBEZAAN JUMLAH BAYARAN STR & SARA (2026 / 2027)
Inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan lagi untuk tahun 2027 dengan pertambahan kadar peruntukan sebanyak RM1 billion. Berikut merupakan perbezaan jumlah peruntukan dari tahun 2026 dengan tahun 2027 :
| PERKARA | STR & SARA 2026 | STR & SARA 2027 |
|---|---|---|
| Peruntukan | RM15 billion | RM16 billion |
| Bayaran Bulanan SARA (penerima STR asas) | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun | RM150 sebulan hingga RM1,800 setahun |
| Bayaran SARA One-Off | RM100 sekali bayar | RM100 dua kali bayar = RM200 setahun |
| Pembelian SARA | Hanya 15 kategori barangan terpilih | Diperluaskan kepada barang basah dan segar |
| Kaedah bayaran STR & SARA | STR dibayar secara tunai selama 4 fasa dan SARA dibayar secara tanpa tunai bulanan melalui MyKad | STR dibayar secara tunai selama 4 fasa dan SARA dibayar secara tanpa tunai bulanan melalui MyKad |
| Bilangan Penerima STR & SARA | Disasarkan kepada 9 juta rakyat yang layak dan SARA untuk semua 16 juta rakyat Malaysia | Disasarkan kepada 9 juta rakyat yang layak dan SARA untuk semua 16 juta rakyat Malaysia |
PERMOHONAN STR & SARA 2027
Secara lazimnya, jika individu yang berkelayakan mengemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan secara automatik layak menerima kedua-dua bantuan termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tanpa perlu kemukakan permohonan berasingan.
Oleh itu, semua rakyat Malaysia yang berkelayakan disarankan untuk mengemukakan permohonan bermula pada tarikh seperti berikut :
| KAEDAH PERMOHONAN | TARIKH MULA MOHON |
|---|---|
| Permohonan secara manual di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) | Bermula 1 Oktober 2026 (Khamis) |
| Permohonan secara atas talian (online) melalui portal rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ | Bermula 15 Oktober 2026 (Khamis) |
RUJUKAN RASMI
Segala maklumat dalam artikel ini dirujuk berdasarkan sumber sahih dan rasmi di https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&opi=89978449&url=https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2027/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf&ved=2ahUKEwjEubL18q6XAxXczjgGHbKnNz4QFnoECBwQAQ&sqi=2&usg=AOvVaw1OhHjNPTbfBOJsDZE0fZlI.
Untuk maklumat lebih lanjut, pemohon dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di portal rasmi STR dan SARA.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri bagi tahun 2027 untuk memudahkan carian umum.
Namun, pihak kami sama sekali tidak meminta sebarang maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk segala maklumat yang telah dikongsikan dalam artikel ini.