DAFTAR STR 2027 ONLINE : CARA DAFTAR STR ONLINE
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif bantuan kewangan yang berterusan disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah bagi menampung kos sara hidup untuk sepanjang tahun 2027.
Bagaimanakah cara daftar STR 2027 secara online? Dalam artikel ini, kami sediakan panduan lengkap untuk daftar permohonan, semakan status dan sebagainya untuk rujukan pembaca.
BACA JUGA : MYKASIH 2026 SEMAKAN BAYARAN : CHECK STATUS BANTUAN ASAS RAHMAH SARA
SYARAT DAFTAR STR 2027
Terdapat tiga (3) kategori yang layak untuk mendaftar permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), antaranya :
- Kategori Isi Rumah :
- Ketua isi rumah merupakan Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Status Perkahwinan :
- Berkahwin (ada / tiada anak);
- Balu (kematian pasangan) / bercerai (ada anak masih tanggungan);
- Kadar Pendapatan :
- B40 – Bawah RM2,500 sebulan;
- M40 – RM2,501 hingga RM5,000 sebulan.
- Kategori Warga Emas :
- Individu merupakan Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Status Perkahwinan :
- Bujang / balu (kematian pasangan) / bercerai (tiada anak masih tangungan);
- Kadar Pendapatan :
- B40 – Bawah RM2,500 sebulan;
- M40 – RM2,501 hingga RM5,000 sebulan.
- Kategori Bujang :
- Individu merupakan Warganegara Malaysia;
- Berumur 21 hingga 59 tahun;
- Status Perkahwinan :
- Bujang / balu (kematian pasangan) / bercerai (tiada anak masih tanggungan);
- Kadar Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.
MEDIUM DAFTAR STR 2027
Dua (2) sahaja medium pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dibuat, iaitu :
- đť Pendaftaran Melalui Online Di Portal Rasmi STR – Bagi individu yang mempunyai akses internet dan tiada masaah teknikal boleh mendaftar permohonan secara online sahaja.
- đ˘ Pendaftaran Melalui Manual Di Pejabat LHDN – Bagi individu yang tidak mempunyai akses internet atau portal STR mengalami masalah teknikal, pemohon boleh mendaftar permohonan secara manual dengan mendapatkan borang permohonan di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negari (LHDNM) berhampiran.
DAFTAR STR 2027 ONLINE
Bagi individu yang ingin membuat pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online, ikuti panduan daftar langkah demi langkah seperti berikut :
- Layari laman Portal Rasmi MySTR di :Â https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama MySTR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
- Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
- Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
- Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
- Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
- Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
- Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
- âPermohonan berjaya dihantarâ akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAK STATUS DAFTAR STR 2027
Setelah pendaftaran permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dikemukakan, pemohon boleh ketahui status kelulusan secara online seperti berikut :
- Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke âDashboard Pemohonâ.
- Isikan ruangan kosong dengan âNo. Kad Pengenalanâ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan âKata Laluanâ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelulusan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.