PERMOHONAN STR 2027 ONLINE : CARA PERMOHONAN STR SECARA ONLINE
Peluang untuk rakyat tidak berkesempatan untuk terima manfaat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2026, kini boleh kemukakan permohonan secara atas talian (online) untuk penerimaan bayaran bagi tahun 2027.
Bagaimanakah cara permohonan STR 2027 secara online? Rujuk panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA SEMAKAN MYKASIH 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN
SIAPA LAYAK KEMUKAKAN PERMOHONAN STR 2027?
Antara yang layak kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah terdiri daripada kategori seperti berikut :
- Isi Rumah;
- Warga Emas; dan
- Bujang.
Serta memenuhi syarat-syarat kelayakan umum yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin / Bujang / Balu / Bercerai;
- Had umur :
- Isi Rumah – 18 tahun dan ke atas;
- Bujang – 21 hingga 59 tahun;
- Warga Emas : 60 tahun dan ke atas.
- Kadar Pendapatan :
- Bawah RM2,500 sebulan (Kategori B40);
- RM2,501 hingga RM5,000 (Kategori M40).
PERMOHONAN STR 2027 ONLINE
Individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online melalui portal berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada laman utama – Klik butang [Permohonan Baharu].
- Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
- Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan [Ya].
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan [Cetak].
- Selesai.
*Catatan Penting : Sekiranya portal STR mengalami masalah teknikal atau portal sedang diselenggara, pemohon perlu hadir ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendapatkan borang permohonan secara manual.
KADAR BAYARAN STR 2027
Kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2027 mungkin meningkat dari bayaran 2026. Namun bagaimanapun, Pihak Kerajaan masih belum mengumumkan kadar bayaran yang sebenar mengikut kategori kelayakan penerima.
Sekiranya, kadar bayaran telah diumumkan, pihak kami akan kemaskini semula maklumat ini mengikut yang dinyatakan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa.
KAEDAH & TARIKH BAYARAN STR 2027
Berikut adalah kaedah dan tarikh pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2027 :
| KAEDAH BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Pembayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau / dan Pembayaran secara kredit terus ke dalam akaun bank penerima | Akan diumumkan pada tahun 2027 |
TALIAN BANTUAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
📞 Talian STR HASiL : 1800 88 2747
☎️ Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
💻 E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.