TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2026 TELAH DIUMUMKAN : SEMAK JADUAL & STATUS PENERIMA

TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2026 TELAH DIUMUMKAN : SEMAK JADUAL & STATUS PENERIMA

Terkini, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah mengumumkan bahawa bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa ke-3 akan mula dikreditkan kepada 5.3 juta penerima layak dengan melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.2 billion.

Penerima-penerima yang disahkan layak adalah daripada kategori isi rumah dan bujang (warga emas) yang telah melepasi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Baca artikel penuh untuk mengetahui bila tarikh bayaran STR Fasa 3 2026 dan ikuti cara semakan status kelayakan permohonan penerima di Portal Rasmi MySTR.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2026 TELAH DIUMUMKAN

Yang dinantikan oleh semua pemohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah mengenai ‘tarikh bayaran Fasa ke-3‘ yang baru sahaja diumumkan oleh pihak Kerajaan bahawa semua penerima akan mula menerima bayaran pada tarikh :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN STR
(FASA 3)
Penerima Sedia AdaBermula :
15 Ogos 2026 (Sabtu)
dan
berperingkat
Penerima BaharuBermula :
15 Ogos 2026 (Sabtu)
dan
berperingkat

CARA TERIMA BAYARAN STR FASA 3 2026

Untuk memudahkan penerima-penerima menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3, Kerajaan melaksanakan dua (2) cara bayaran mengikut keadaan penerima sama ada ‘mempunyai akaun bank’ atau ‘yang tiada akaun bank’ :

  • Bayaran secara tunai terus di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa kad pengenalan asal – bagi penerima yang tiada akaun bank atau status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
  • Bayaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima (Bank Islam, Maybank, Bank Rakyat, BSN dan sebagainya) – bagi penerima yang mempunyai akaun bank dan melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2026

Peruntukan keseluruhan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk fasa ke-3 adalah sebanyak RM1.2 billion disalurkan mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti kadar pendapatan dan bilangan anak / tanggungan :

PENERIMA
ISI RUMAH B40
(PENDAPATAN
BAWAH RM2,500)
PENERIMA
ISI RUMAH M40
(PENDAPATAN
RM2,501 – RM5,000)
PENERIMA
WARGA EMAS
(TIADA PASANGAN)
RM150 hingga RM600

(bergantung kepada
bilangan anak)
RM100 hingga RM300

(bergantung kepada
bilangan anak)
RM150

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN STR FASA 3 2026

Untuk mengetahui sama ada status permohanan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) disahkan ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’ menerima bayaran Fasa 3, pemohon boleh membuat semakan secara online terus di Portal Rasmi MySTR seperti panduan berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MySTR :
  2. Ke bahagian ‘Log Masuk’ :
    • Klik pada butang [Log Masuk] pada portal tersebut.
  3. Log Masuk akaun pemohon :
    • Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon.
    • Klik butang [Semak].
    • Klik [Ya] untuk sahkan Kata Kunci Keselamatan.
    • Masukkan Kata Laluan yang sah.
    • Klik butang [Log Masuk].
  4. Dashboard pemohon akan dipaparkan :
    • Terus ke bahagian [Semakan Permohonan].
  5. Status kelayakan penerima dan perincian bayaran STR Fasa 3 akan dipaparkan.

SOALAN LAZIM (FAQ) BAYARAN STR FASA 3 2026

  • Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 3 dilaksanakan?
    • Bayaran secara pengkreditan dalam akaun bank penerima adalah bermula 15 Ogos 2026 (Sabtu). Manakala, bayaran secara tunai di BSN adalah bermula 16 Ogos 2026 (Ahad) bagi negeri yang beroperasi pada Ahad dan bagi yang beroperasi pada Isnin, bayaran bermula 17 Ogos 2026 (Isnin).
  • Bolehkah pemohon menuntut bayaran STR Fasa 3 secara tunai terus di kaunter BSN kerana bayaran lambat masuk ke dalam akaun bank?
    • Tidak boleh kerana bayaran di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) hanya untuk pemohon yang tiada akaun bank dan status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
  • Kenapakah bayaran STR Fasa 3 lambat masuk ke dalam akaun bank penerima?
    • Kerana kerajaan menggunakan sistem bayaran / pengkreditan ‘IBG Credit Transfer’ yang memerlukan tempoh satu (1) hingga empat (4) hari bekerja dan waktu kredit masuk ke dalam akaun bank penerima adalah tidak menentu.

BACA JUGA : BANTUAN SKAS 2026 ONLINE : SEMAKAN STATUS BAYARAN

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang masalah atau maklumat lebih lanjut berkaitan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pihak tuan / puan boleh rujuk pihak berwajib di talian seperti berikut :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

Leave a Comment