SYUKUR SABAH FASA 2 2026
Fasa 2 agihan bantuan kewangan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR SABAH) secara tunai akan dilaksanakan secara berperingkat dalam masa terdekat kepada penerima layak di seluruh Sabah melibatkan 17,848 penerima.
Bilakah tarikh bayaran syukur sabah fasa 2 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH 2026
TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2
Setiap penerima yang layak akan terima bayaran Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) mengikut fasa berikut :
| FASA BAYARAN | JENIS PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|---|
| Fasa 2 | Mempunyai Akaun Bank | 21 Mei 2026 |
| Tidak Mempunyai Akaun Bank (Secara Tunai) | 18 – 23 Jun 2026 |
AMAUN SYUKUR SABAH FASA 2 2026
Setiap penerima yang layak akan terima kadar Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) seperti berikut :
| FASA BANTUAN | TEMPOH FASA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|---|
| Fasa 2 | April – RM200 Mei – RM200 Jun – RM200 | RM600 |
CARA PENGAGIHAN DUIT SYUKUR SABAH 2026
Berikut merupakan kaedah penyaluran duit Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) kepada penerima yang layak :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
|---|---|
| Penerima ada akaun bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima secara online bank-in |
| Penerima tiada akaun bank | Pemberian secara tunai di kaunter bank atau secara cek di cawangan pejabat daerah berdekatan |
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SYUKUR SABAH
Status kelayakan penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) boleh di semak secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
- Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
- Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
- Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
- Klik pada butang [Teruskan].
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN SYUKUR SABAH 2026
Penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
- Anak Kelahiran Sabah; atau
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah);
- Kadar Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
Syarat Tambahan :
- Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
- Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan : 088 338 338 atau 088 309 279
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq