BANTUAN SYUKUR SABAH 2026

BANTUAN SYUKUR SABAH 2026

Dalam belanjawan Negeri Sabah 2026, program Sentuhan Kasih Rakyat (Syukur Sabah) tahun ini diteruskan dengan kadar peruntukan sebanyak RM339.16 juta dan akan memberi manfaat kepada 140,000 orang penerima.

Artikel ini menyediakan maklumat lengkap mengenai Bantuan Syukur Sabah 2026, merangkumi syarat-syarat kelayakan utama, kadar agihan bayaran mengikut fasa, serta cara semakan status keputusan secara online.

Bagaimanakah cara semak bantuan syukur sabah 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SKAS FASA 3 2026 : SEMAKAN & BAYARAN

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SYUKUR

Penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (Syukur Sabah) 2026 mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
  • Anak Kelahiran Sabah; atau
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah);
  • Kadar Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).

Syarat Tambahan :

  • Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
  • Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).

SEMAK PENERIMA BANTUAN SYUKUR

Status kelayakan penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (Syukur Sabah) 2026, boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
  4. Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
  5. Klik pada butang [Teruskan].
  6. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. Selesai.

TARIKH & FASA BAYARAN BANTUAN SYUKUR

Setiap penerima yang layak akan terima bayaran Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (Syukur Sabah) 2026, mengikut fasa berikut :

FASA BAYARANTARIKH BAYARAN
Fasa 111 Mac 2026
Fasa 221 Mei 2026
Fasa 315 September 2026
Fasa 4Akan Datang

JUMLAH BANTUAN SYUKUR MENGIKUT FASA

Setiap penerima yang layak akan terima kadar Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (Syukur Sabah) tahun 2026 seperti berikut :

FASA BANTUANJUMLAH BANTUAN
Fasa 1

Januari – RM200
Februari – RM200
Mac – RM200
RM600
Fasa 2

April – RM200
Mei – RM200
Jun – RM200
RM600
Fasa 3

Julai – RM200
Ogos – RM200
September – RM200
RM600
Fasa 4

Oktober – RM200
November – RM200
Disember – RM200
RM600
TOTAL SETAHUNRM2,400

CARA PENGKREDITAN BANTUAN SYUKUR

Berikut merupakan kaedah penyaluran duit Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (Syukur Sabah) kepada penerima yang layak :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
Penerima ada akaun bankPengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima secara online bank-in
Penerima tiada akaun bankPemberian secara tunai di kaunter bank atau secara cek di cawangan pejabat daerah berdekatan

RUJUKAN LANJUT

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq

Leave a Comment