BAUCAR KITA SELANGOR 2026 – BANTUAN RM100 SETIAP BULAN
Seramai 50,000 rakyat Selangor yang terdiri daripada golongan B40 dan M40 bakal menerima inisiatif bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM100 setiap bulan bermula Jun 2026.
Bagaimanakah permohonan dan semak kelayakan penerima baucar kita selangor 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: RAYUAN STR FASA 3 2026 – PERMOHONAN
PENGENALAN
Baucar Kita Selangor ialah inisiatif baharu yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan juga merupakan sebahagian daripada Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor ini untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) dalam menghadapi cabaran krisis tenaga dan inflasi.
Sebanyak RM30 juta diperuntukkan untuk program ini dan akan memberi manfaat kepada seramai 50,000 ribu rakyat Selangor yang layak dengan pemberian baucar setiap bulan selama tempoh enam (6) bulan untuk pembelian barang keperluan asas seperti makanan asas.
| Nama Program | Baucar Kita Selangor |
| Tempoh Bantuan | Bantuan akan diberikan dalam tempoh 6 bulan bermula Jun sehingga November 2026 |
| Kelayakan Penerima | Rakyat Selangor yang berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) |
SYARAT KELAYAKAN
Kelayakan penerima bantuan terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Kelahiran Negeri Selangor;
- Penduduk tetap atau bermukim di Negeri Selangor;
- Golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40).
JUMLAH BAUCAR KITA SELANGOR
Kadar bantuan adalah seperti berikut :
| KADAR BANTUAN | TEMPOH BANTUAN |
|---|---|
| RM100 Setiap Bulan | 6 Bulan (Bermula Jun sehingga November) |
PERMOHONAN BAUCAR KITA SELANGOR
Setakat ini masih tiada lagi maklumat rasmi mengenai permohonan Bantuan ini. Sebarang maklumat mengenai permohonan akan dikemaskini dari semasa ke sama sebaik sahaja diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Anda dikehendaki untuk mendapatkan info berkaitan permohonan bantuan ini dari semasa ke semasa, melalui Portal Rasmi Baucar Kita Selangor.
JADUAL PELAKSANAAN BAUCAR KITA SELANGOR
Program Baucar kita akan dilaksanakan setiap bulan bermula pada bulan Jun sehingga November 2026 :
| JADUAL AGIHAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| Jun | RM100 |
| Julai | RM100 |
| Ogos | RM100 |
| September | RM100 |
| Oktober | RM100 |
| November | RM100 |
| Total Keseluruhan | RM600 |
Tarikh rasmi bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ada pengumuman rasmi daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Baucar Kita Selangor anda boleh rujuk info rasmi di bawah :
- Portal Rasmi : https://baucarkitaselangor.com/
- Talian Bantuan : 1800-22-6600
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://web.facebook.com/MediaSelangor/posts/kerajaan-negeri-akan-memperkenalkan-baucar-kita-selangor-bernilai-rm100-sebulan-/1414073347421371/?_rdc=1&_rdr#