BANTUAN SARA BULANAN – SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Setiap bulan elaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak untuk berbelanja barangan keperluan asas yang diluluskan, dan semakan status kelayakan, jumlah bayaran, dan baki boleh di semak secara online di Portal SARA.
Bagaimanakah semak status kelayakan bantuan sara bulanan? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR FASA 3 2026
JENIS BANTUAN SARA BULANAN
Jenis & Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| JENIS BANTUAN SARA BULANAN | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| SARA EKASIH | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih |
| SARA BUKAN EKASIH | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan; |
JADUAL BANTUAN SARA BULANAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dilaksanakan seperti berikut :
| JADUAL BAYARAN | TARIKH BAYARAN | KATEGORI PENERIMA |
|---|---|---|
| Januari | 9 Januari 2026 | Isi Rumah & Warga Emas Tanpa Pasangan |
| – | 16 Januari 2026 | Bujang |
| Februari | 1 Februari 2026 | Semua |
| Mac | 1 Mac 2026 | Semua |
| April | 1 April 2026 | Semua |
| Mei | 1 Mei 2026 | Semua |
| Jun | 1 Jun 2026 | Semua |
| Julai | 1 Julai 2026 | Semua |
| Ogos | 1 Ogos 2026 | Semua |
| September | 1 September 2026 | Semua |
| Oktober | 1 Oktober 2026 | Semua |
| November | 1 November 2026 | Semua |
| Disember | 1 Disember 2026 | Semua |
KADAR KELAYAKAN BANTUAN SARA BULANAN
Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA BULANAN
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 200.00 (mengikut kelayakan penerima) |
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026