BANTUAN BELI BARANGAN DAPUR 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN BELI BARANGAN DAPUR 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA

Hampir 9 juta rakyat Malaysia layak menerima elaun bulanan untuk pembelian barangan keperluan dapur untuk digunakan bagi memenuhi keperluan dan kegunaan harian, termasuk kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas.

Bagaimanakah semakan kelayakan penerima bantuan beli barangan dapur 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN SARA BULANAN – SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

PENGENALAN BANTUAN BELI BARANGAN DAPUR

Bantuan beli barangan dapur merujuk kepada Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di mana elaun bulanan diberikan kepada penerima yang layak melalui MyKad (Kad Pengenalan) masing-masing khusus untuk berbelanja barangan keperluan asas yang diluluskan pada setiap bulan termasuk barangan dapur bagi memenuhi keperluan harian.

Bantuan barangan dapur dilaksanakan seperti berikut :

Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah (SARA)
Cara PelaksanaanElaun dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak pada setiap bulan (12) bulan.
Cara GunaBoleh digunakan untuk berbelanja barangan dapur yang diluluskan dengan menggunakan MyKad

TEMPOH SAH BELI BARANGAN DAPUR

Barangan dapur yang diluluskan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh beli oleh penerima yang layak menggunakan MyKad dalam tempoh masa berikut :

TARIKH PROGRAM BERMULATARIKH PROGRAM BERAKHIR
Setiap Bulan Bermula :
9 Januari 2026 (Isi Rumah & Warga Emas)
16 Januari 2026 (Bujang)
31 Disember 2026

JUMLAH BANTUAN UNTUK BELI BARANGAN DAPUR

Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

SEMAK STATUS BANTUAN BELI BARANGAN DAPUR

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Status kelayakan akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  9. ⁠Selesai.

SENARAI BARANGAN DAPUR UNTUK DI BELI

Berikut merupakan senarai barangan keperluan asas Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang diluluskan untuk menggunakan MyKad :

KATEGORI BARANGAN DILULUSKANKAEDAH BAYARAN
Beras / Roti / Minyak Masak / Tepung / Biskut / Mi Segera / Minuman / Makanan Dalam Tin / Bahan Perasa / Makanan Sejuk BekuMyKad (Kad Pengenalan)

Untuk mendapatkan barangan dengan pembayaran menggunakan MyKad, penerima boleh mengunjungi kedai yang berdaftar seperti :

  • Pasar raya besar (Contoh : Mydin/Giant/Econsave/Pacific/Lotus Stores);
  • Pasar raya mini (Contoh : 99 Speedmart);
  • Kedai Runcit berdaftar.

Senarai penuh kedai yang berdaftar di bawah Program SARA MyKasih, boleh di rujuk di Portal Rasmi : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

CARA DAPATKAN BANTUAN BARANGAN DAPUR

Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment