BARANGAN ASAS MYKASIH – SENARAI BARANG YANG DILULUSKAN 2026
Kini lebih 140,000 barangan keperluan asas untuk 15 kategori barangan yang diluluskan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2026, membolehkan penerima menikmati bantuan dengan sepenuhnya untuk memenuhi keperluan asas harian.
Apakah senarai barangan asas mykasih yang diluluskan? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK BANTUAN SARA B40 – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN SETIAP BULAN
TEMPOH SAH TEBUS BARANGAN ASAS MYKASIH
Barangan keperluan asas Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih boleh ditebus oleh penerima yang layak dalam tempoh masa berikut :
| TARIKH PROGRAM BERMULA | TARIKH PROGRAM BERAKHIR |
|---|---|
| Setiap Bulan Bermula : 9 Januari 2026 | 31 Disember 2026 |
KADAR ELAUN UNTUK BELI BARANGAN ASAS
Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
SENARAI BARANGAN ASAS MYKASIH YANG DILULUSKAN
Berikut merupakan senarai barangan keperluan asas Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang diluluskan untuk menggunakan MyKad :
- Beras – Jasmine, Jati, Faiza, Cap Rambutan, Super5;
- Roti – Gardenia, Massimo, Mighty White;
- Minyak Masak – Saji, Alif, Buruh, Vesawit, Seri Murni;
- Tepung – Cap Sauh, Cap Lili, Blue Key, Cap Ros;
- Biskut – Munchy’s, Julie’s, Tiger, Chipsmore, Hup Seng;
- Mi Segera – Maggi, Indomie, Cintan, Mamee, Mi Sedaap;
- Minuman – Milo, Dutch Lady, BOH, Nescafe, Horlicks, Marigold;
- Makanan Dalam Tin – Ayam Brand, TC Boy, Kimball, Yeo’s, Adabi;
- Bahan Perasa – Maggi, Jalen, Kimball, Tamin, Faiza;
- Produk Kebersihan Diri – Colgate, Dettol, Kotex;
- Ubat-Ubatan (OTC) – Panadol, Hurix’s, Strepsils, Difflam, Sterimar;
- Barangan Persekolahan – Faber-Castell, Staedtler, Stabilo, Bata;
- Barangan Kebersihan Rumah (Ditambah 2025) – Breeze, Daia, Dettol pencuci, sabun pencuci lantai;
- Makanan Sejuk Beku (Lokal) (Ditambah 2026) – Ayam beku, nugget, sayur beku, makanan laut beku.
SENARAI BARANGAN ASAS MYKASIH YANG DILULUSKAN
Untuk mendapatkan barangan asas MyKasih dengan pembayaran menggunakan MyKad, penerima boleh mengunjungi kedai yang berdaftar seperti :
- Pasar raya besar (Contoh : Mydin/Giant/Econsave/Pacific/Lotus Stores);
- Pasar raya mini (Contoh : 99 Speedmart);
- Kedai Runcit berdaftar.
Senarai penuh kedai yang berdaftar di bawah Program SARA MyKasih, boleh di rujuk di Portal Rasmi : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
CARA BELI BARANGAN ASAS MYKASIH
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026