SEMAK MYKASIH BAKI DALAM IC

SEMAK MYKASIH BAKI DALAM IC

Masih ramai antara penerima yang masih mempunyai baki penuh dalam IC dan belum pernah menggunakan Bantuan MyKasih untuk beli barang dapur atau keperluan asas setiap bulan (termasuk bulan ini).

Bagaimanakah cara semak MyKasih baki dalam IC? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH SEMAK BARANG BOLEH BELI GUNA IC

JUMLAH BAKI MYKASIH DALAM IC

Ketahui bahawa jumlah pengkreditan Bantuan MyKasih bulanan dan jumlah baki yang ada dalam IC adalah berbeza bagi setiap kategori penerima seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH
KREDIT
BULANAN
JUMLAH
YANG
TELAH
DIKREDITKAN
JUMLAH
BAKI
BELUM
DIKREDITKAN
Isi Rumah
Miskin Tegar
RM200RM1,200RM1,200
Warga Emas
Miskin Tegar
RM150RM900RM900
Bujang
Miskin Tegar
RM100RM600RM600
Isi Rumah
Bukan Miskin
RM100RM600RM600
Warga Emas
Bukan Miskin
RM50RM300RM300
Bujang
Bukan Miskin
RM50RM300RM300

PLATFORM SEMAKAN BAKI MYKASIH DALAM IC

Untuk memudahkan capaian orang ramai untuk menyemak baki MyKasih dalam IC, Kerajaan menyediakan dua (2) platform semakan, iaitu :

PORTAL MYKASIHAPLIKASI MYKASIH
https://www.mykasih.com.my/ms/https://mykasih.com.my/mykasih-app/

CARA SEMAK MYKASIH BAKI DALAM IC

Ikuti cara semak baki MyKasih dalam IC dengan mudah mengikut panduan di bawah :

  1. Buka aplikasi MyKasih atau layari Portal MyKasih.
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor IC anda / pemohon.
    • Tanpa sengkang “-” dan tanpa <jarak>.
      • Contoh 800330123456.
  5. Sahkan anda bukan robot, dengan tick pada [Verify you are human].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan dan jumlah baki dalam IC akan dipaparkan.
  8. Selesai.

TARIKH KREDIT MYKASIH DALAM IC

Berikut merupakan tarikh pengkreditan Bantuan MyKasih dalam IC untuk sepanjang tahun 2026 :

TARIKH KREDIT MYKASIH
(TELAH DILAKSANAKAN)
TARIKH KREDIT MYKASIH
(BELUM DILAKSANAKAN)
9 – 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026

*Nota : Semua penerima sedia ada dan penerima baharu perlu menggunakan baki MyKasih yang ada dalam IC sebelum 31 Disember 2026.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment