CARA TUNTUT MYSALAM – PANDUAN LENGKAP

CARA TUNTUT MYSALAM – PANDUAN LENGKAP

Hampir 9 juta rakyat Malaysia layak untuk menuntut bayaran Bantuan mySalam dengan kadar RM50 sehingga RM8,000 (bergantung kepada jenis tuntutan) iaitu ‘Tuntutan Hospitalisasi’ dan ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.

Bagaimanakah cara tuntut mySalam? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BAKI SARA YANG ADA DALAM MYKAD

JENIS TUNTUTAN MYSALAM

Terdapat dua (2) jenis tuntutan mySalam, iaitu :

  • Tuntutan Hospitalisasi :
    • Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian.
  • Tuntutan Penyakit Kritikal :
    • Sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 50 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, penerima boleh menuntut manfaat sekali seumur hidup.

KADAR TUNTUTAN MYSALAM

Tuntutan Bantuan mySalam adalah dengan kadar sebanyak berikut :

JENIS
TUNTUTAN
KADAR TUNTUTAN
Tuntutan HospitalisasiMinimum : RM50 / sehari
Maksimum : RM700 / 14 hari
Tuntutan Penyakit KritikalRM8,000 / sekali seumur hidup

SYARAT LAYAK TUNTUT MYSALAM

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk penerima mySalam :

  • Warganegara : Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  • Umur : Berumur antara 18 hingga 65 tahun.
  • Kategori : Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 dalam kategori B40 (Individu, Pasangan, atau Warga Emas).
  • Pendaftaran : Berdaftar dalam pangkalan data LHDN/Kementerian Kewangan.
  • Pendapatan : Tidak melebihi RM24,000 setahun.

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA MYSALAM

Sebelum buat permohonan tuntutan Bantuan mySalam, semak status kelayakan anda sebagai penerima mengikut panduan seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi mySalam di sini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
  2. Halaman utama mySalam akan dipaparkan.
  3. Layarkan skrin sedikit ke bawah.
  4. Masukkan 12 digit nombor MyKad anda.
    • *Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 800424112345.
  5. Klik pada butang [Semak].
  6. Status kelayakan mySalam akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CARA TUNTUT MYSALAM

Jika disahkan ‘Layak’ dan sekiranya didiagnos salah satu (1) daripada 50 penyakit kritikal, anda boleh kemukakan tuntutan mySalam seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
  2. Halaman utama Portal akan dipaparkan.
  3. Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan [Log Masuk Portal]
  4. Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
  5. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
  6. Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
  7. Klik Pada [Muat Turun Borang] dan [Download] Borang [Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor] – Penerima hendaklah rujuk Doktor atau Pakar yang merawat untuk lengkapkan maklumat borang tersebut.
  8. Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
  9. Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Penyakit Kritikal].
  10. Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
  11. Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan [Dokumen Kenyataan Doktor] -Borang yang dilengkapkan oleh Doktor pada no 7.
  12. Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
  13. Selesai.

Bagi penerima yang dimasukkan ke hospital lebih sehari atau sehingga 14 hari, boleh kemukakan tuntutan mySalam bagi hospitalisasi seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
  2. Halaman utama Portal akan dipaparkan.
  3. Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan[Log Masuk Portal]
  4. Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
  5. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
  6. Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
  7. Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
  8. Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Hospitalisasi].
  9. Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
  10. Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan Salinan [Nota Discaj Hospital].
  11. Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
  12. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan mySalam, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.

Leave a Comment