CARA PENGELUARAN KWSP – PANDUAN ONLINE MUDAH
Ahli yang mempunyai duit simpanan dalam akaun KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) boleh buat pengeluaran pada bila-bila masa dengan mudah secara online melalui platform yang disediakan secara rasmi oleh pihak KWSP.
Bagaimanakah cara pengeluaran KWSP? Ikuti panduan mudah di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN SARA WARGA EMAS : STATUS KELAYAKAN PENERIMA
JENIS PENGELUARAN KWSP ONLINE
Berikut merupakan jenis akaun KWSP yang dibolehkan buat pengeluaran secara online :
| JENIS AKAUN | KADAR SIMPANAN | JENIS PENGELUARAN |
|---|---|---|
| Akaun Fleksibel (3) | 10% dari caruman setiap bulan | Pengeluaran secara online melalui aplikasi i-Akaun KWSP |
SYARAT PENGELUARAN KWSP
Syarat-syarat kelayakan untuk pengeluaran KWSP bila-bila masa adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia / Bukan Warganegara;
- Belum mencapai umur 55 tahun (2026);
- Mempunyai simpanan dalam akaun Fleksibel (tidak kurang RM50);
- Permohon pengeluaran secara online (dalam aplikasi) jika pengeluaran tidak lebih RM30,000.
HAD PENGELUARAN KWSP
Namun, pengeluaran KWSP pada bila-bila masa dihadkan sebanyak berikut :
| HAD PENGELUARAN MINIMUM | HAD PENGELUARAN MAKSIMUM |
|---|---|
| Tidak kurang dari RM50 | RM30,000 atau lebih (mengikut jumlah yang ada dalam akaun 3) |
CARA PENGELUARAN KWSP
Ikuti cara-cara pengeluaran duit KWSP secara online dengan mudah seperti berikut :
- Sila muat turun aplikasi i-Akaun KWSP dalam telefon pintar anda.
- Buka aplikasi i-Akaun KWSP tersebut.
- Log masuk ke aplikasi i-Akaun KWSP.
- Pilih menu [Pengeluaran].
- Klik pada butang [Keluarkan Simpanan Anda].
- Pilih [Akaun Fleksibel].
- Terus klik pada butang [Keluar Sekarang].
- Masukkan amaun pengeluaran yang anda perlukan dan klik [Teruskan].
- Kemaskini maklumat akaun bank anda.
- Klik pada butang [Teruskan].
- Sila baca ‘Perakuan Ahli’ dan klik [Terima] sekiranya anda setuju.
- Nombor TAC akan dihantar dan masukkan mengikut nombor yang dihantar.
- ‘Permohonan anda telah berjaya dihantar’.
- Selesai.
TEMPOH PENGELUARAN KWSP
Berikut merupakan tempoh permohonan dan tempoh penerimaan duit KWSP :
| TEMPOH PERMOHONAN | TEMPOH PENERIMAAN |
|---|---|
| 1 hingga 3 hari | 3 hingga 5 hari |
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Pusat Talian Khidmat Pelanggan KWSP : 03-8922 6000
- (Waktu operasi : Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang).
- Laman Web Rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel.