SEMAKAN BUDI RON 95 – STATUS KELAYAKAN & BAKI
Walaupun harga minyak petrol RON95 ada kalanya turun dan naik, tetapi kuota BUDI MADANI RON95 masih dikekalkan bagi semua penerima dan setiap penerima yang berkelayakan masih boleh mendapatkan minyak petrol RON95 dengan harga paling murah.
Bagaimanakah semakan status kelayakan dan baki RON95? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BAKI SARA RAHMAH DALAM MYKAD
KADAR HARGA MINYAK RON 95
Harga minyak RON95 mempunyai perbezaan yang ketara dengan adanya subsidi BUDI RON95 dan tanpa subsidi BUDI RON95 seperti berikut :
| HARGA DENGAN SUBSIDI BUDI RON95 | HARGA TANPA SUBSIDI BUDI RON95 |
|---|---|
| RM1.99 / seliter | RM3.72 / seliter |
SYARAT KELAYAKAN BUDI RON 95
Bukan semua rakyat layak untuk menggunakan BUDI RON95, kerana ianya terhad kepada yang benar-benar layak (memenuhi syarat kelayakan) yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 16 tahun dan ke atas |
| Pemilikan Lesen Memandu Malaysia (LMM) | Mempunyai Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah dan masih aktif |
| Kadar Pendapatan | Tidak terhad (terbuka untuk semua B40, M40 dan T20) |
SEMAKAN BUDI RON 95
Status kelayakan dan baki kuota BUDI RON95 boleh disemak secara sekaligus melalui laman web rasmi BUDI MADANI seperti panduan di bawah :
| LAMAN WEB RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| BUDI MADANI RON95 | https://www.budi95.gov.my/landing |
- Sila klik pada puatan laman web rasmi BUDI MADANI RON95 di atas.
- Anda akan dipaparkan ke halaman utama BUDI MADANI RON95.
- Layarkan skrin sedikit ke bawah.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan Individu].
- Masukkan Nombor MyKad* pada ruang yang disediakan.
- *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang “-“.
- Contoh : 600101012345.
- *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang “-“.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Status kelayakan dan baki kuota BUDI RON95 akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH PEMBAHARUAN KUOTA BUDI RON 95
Jika kuota BUDI RON95 telah habis digunakan pada hujung bulan, penerima tidak perlu risau kerana Kerajaan akan memperbaharui kuota BUDI RON95 pada setiap :
| JUMLAH KUOTA BUDI | TARIKH PEMBAHARUAN |
|---|---|
| 200 liter sebulan | Setiap 1 hari bulan |
INFO LANJUT
Informasi dalam artikel ini berkaitan Bantuan Budi RON95 adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BUDI MADANI RON95. Untuk sebarang pertanyaan atau info lebih lanjut berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian BUDI95 : 1300 88 9595
- Talian Whatsapp BUDI95 : 03 2631 4595
- E-mel BUDI95 : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.budi95.gov.my/landing.