BANTUAN OKU BULANAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN

BANTUAN OKU BULANAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN

Bantuan OKU Bulanan merupakan salah satu inisiatif kewangan khas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu gologan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia. Berdasarkan kelayakan, pemegang Kad OKU yang berdaftar boleh menerima bantuan kewangan bulanan bermula RM300 hingga RM500 sebulan mengikut kategori permohonan.

Sama ada anda seorang pekerja OKU, tidak berupaya bekerja, atau menjaga pesakit OKU terlantar, artikel ini menyediakan panduan lengkap mengenai jenis bantuan, syarat kelayakan terkini, serta cara membuat semakan status permohonan secara dalam talian melalui portal eBantuan JKM.

BACA JUGA : SEMAK SARA BULANAN – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

APA ITU BANTUAN OKU BULANAN?

Di bawah program Bantuan Bulanan khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU) yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disenaraikan tiga (3) jenis bantuan kewangan, iaitu :

  • Bantuan Elaun Pekerja OKU (EPOKU).
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Kerja (BTB).
  • Bantuan OKU Terlantar (BPT).

Khas untuk membantu golongan memerlukan terutamanya Orang Kurang Upaya (OKU) untuk meneruskan kelangsungan hidup sama ada yang boleh bekerja atau tidak berupaya kerja atau pergerakkan terbatas.

JUMLAH BANTUAN OKU BULANAN

Setiap satu (1) Bantuan Bulanan yang disediakan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) dibayar dengan jumlah yang berbeza mengikut jenis bantuan seperti berikut :

JENIS BANTUANJUMLAH BAYARAN
Bantuan Elaun Pekerja OKU
(EPOKU)
RM450 setiap bulan
Bantuan OKU Tidak Berupaya Kerja
(BTB)
RM300 setiap bulan
Bantuan OKU Terlantar
(BPT)
RM500 setiap bulan

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN OKU BULANAN

Setiap satu (1) bantuan yang disediakan ditetapkan dengan syarat kelayakan yang berbeza seperti berikut :

  • Kelayakan Penerima Bantuan EPOKU :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 16 tahun dan ke atas (bukan penuntut mana-mana institusi pendidikan);
    • Pemegang Kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
    • Bekerja dan mempunyai pendapatan tidak melebihi RM1,700 sebulan
      • Sumber pendapatan : Gaji pokok, elaun, kerja lebih masa, pendapatan dari sewa rumah, pencen, zakat, sumbangan dan lain-lain.
  • Kelayakan Penerima Bantuan BTB :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 16 hingga 59 tahun;
    • Pemegang Kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
    • Pergerakan terhad dari segi fizikal, mental, intelektual / deria dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
  • Kelayakan Penerima Bantuan BPT :
    • Warganegara Malaysia;
    • Tiada had umur;
    • Pemegang Kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
    • Pesakit terlantar / dalam penjagaan rapi / memerlukan rawatan berterusan sekuranya 3 bulan;
    • Pendapatan penjaga tidak melebihi RM5,000 sebulan.

SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN OKU BULANAN

Bagi yang telah kemukakan permohonan salah satu Bantuan Bulanan untuk Orang Kurang Upaya (OKU), status kelayakan boleh disemak melalui Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi eBantuan JKM di sini :
  2. Portal Rasmi eBantuan JKM akan dipaparkan.
  3. Klik di bahagian [Semakan Status Permohonan Talian].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  5. Klik pada butang [Semak].
  6. Status kelayakan permohonan Bantuan OKU akan dipaparkan.
  7. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN OKU BULANAN

  • Bilakah tarikh bayaran Bantuan OKU Bulanan dikreditkan?
    • Bayaran bagi semua kategori bantuan kewangan JKM kebiasaannya dikreditkan ke akaun bank penerima pada minggu berasingan setiap bulan mengikut jadual pembayaran JKM yang ditetapkan.
  • Bolehkah saya memohon Bantuan OKU jika belum ada Kad OKU?
    • Tidak boleh. Pendaftaran dan pemilikan Kad OKU JKM yang sah adalah syarat wajib utama sebelum permohonan mana-mana skim Bantuan OKU Bulanan boleh diproses.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi JKM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian JKM : 03 – 8000 8000
  • Faks : 03 – 8323 2045

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jkm.gov.my/main/article/bantuan-bulanan.

Leave a Comment