BAYARAN SARA BULANAN DALAM MYKAD
Kerajaan telah mengkreditan Bantuan SARA secara bulanan selama 12 bulan kepada 8.1 juta penerima yang berkelayakan. Namun, hanya sebahagian sahaja penerima yang telah menggunakan Bantuan SARA untuk beli barang keperluan asas dan masih ada penerima yang tidak mengetahui status kelayakan sebagai penerima.
Bagaimanakah semak bayaran SARA Bulanan dalam MyKad? Rujuk penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK PERMOHONAN STR – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN
NILAI BAYARAN SARA BULANAN DALAM MYKAD
Pembayaran Bantuan SARA Bulanan yang dikreditkan dalam MyKad penerima ‘Miskin dan Miskin Tegar’ adalah berbeza dengan penerima ‘Asas Bukan Miskin’ seperti berikut :
- Penerima ‘Miskin & Miskin Tegar’ akan terima sebanyak :
| KATEGORI PENERIMA | NILAI BAYARAN BULANAN |
|---|---|
| Isi Rumah | RM200 setiap bulan |
| Warga Emas | RM150 setiap bulan |
| Bujang | RM100 setiap bulan |
- Penerima ‘Asas Bukan Miskin’ akan terima sebanyak :
| KATEGORI PENERIMA | NILAI BAYARAN BULANAN |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 setiap bulan |
| Warga Emas | RM50 setiap bulan |
| Bujang | RM50 setiap bulan |
TARIKH BAYARAN SARA DALAM MYKAD
Namun, tarikh bayaran Bantuan SARA kepada penerima ‘Miskin dan Miskin Tegar’ dengan penerima ‘Asas Bukan Miskin’ adalah sama seperti jadual berikut :
| PENERIMA ‘MISKIN & MISKIN TEGAR’ | PENERIMA ‘ASAS BUKAN MISKIN’ |
|---|---|
| 9 & 16 Januari 2026 | 9 & 16 Januari 2026 |
| 1 Februari 2026 | 1 Februari 2026 |
| 1 Mac 2026 | 1 Mac 2026 |
| 1 April 2026 | 1 April 2026 |
| 1 Mei 2026 | 1 Mei 2026 |
| 1 Jun 2026 | 1 Jun 2026 |
| 1 Julai 2026 | 1 Julai 2026 |
| 1 Ogos 2026 | 1 Ogos 2026 |
| 1 September 2026 | 1 September 2026 |
| 1 Oktober 2026 | 1 Oktober 2026 |
| 1 November 2026 | 1 November 2026 |
| 1 Disember 2026 | 1 Disember 2026 |
SEMAK STATUS BAYARAN SARA DALAM MYKAD
Untuk mengetahui status bayaran Bantuan SARA telah dikreditkan atau belum dalam MyKad, semakan boleh dilakukan melalui Portal Rasmi SARA seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| SARA | https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/ |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi SARA di atas.
- Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan SARA].
- Masukkan 12 digit Nombor MyKad* anda.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 900301234567,
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Sahkan [ ] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan status bayaran SARA Bulanan akan dipaparkan seperti :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 200.00 |
CARA GUNA BAYARAN SARA DALAM MYKAD
Jika disahkan layak, anda boleh menggunakan Bantuan SARA dalam MyKad untuk beli barang keperluan asas mengikut cara seperti berikut :
- Semak senarai peruncit yang berdaftar SARA :
- Kunjungi salah satu peruncit yang berhampiran anda.
- Pilih dan ambil barang keperluan asas yang ada label SARA.
- Pergi ke kaunter bayaran.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih.
- Transaksi bayaran akan disahkan guna MyKad.
- MyKad anda akan dikembalikan bersama resit pembelian.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- E-mel SARA : [email protected]
- Talian SARA : 03-7720 1800
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.