CARA SEMAK SYUKUR SABAH LAYAK ATAU TIDAK BAYARAN FASA 2

CARA SEMAK SYUKUR SABAH LAYAK ATAU TIDAK BAYARAN FASA 2

Seramai 140,000 rakyat miskin dan miskin tegar di Sabah yang tersenarai dalam Sistem eKasih layak menerima bantuan tunai melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR SABAH) yang kini sudah memasuki Fasa 2 pembayaran.

Bagaimanakah cara semak kelayakan penerima syukur sabah? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026

PORTAL SEMAK SYUKUR SABAH ONLINE

Kelayakan penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) boleh di semak secara online seperti berikut :

PORTAL BANTUANPAUTAN
PADANS Sabahhttps://padans.sabah.gov.my/
SYUKUR Sabahhttps://syukur.sabah.gov.my/

SYARAT KELAYAKAN SYUKUR SABAH

Penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
  • Anak Kelahiran Sabah; atau
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah);
  • Kadar Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).

Syarat Tambahan :

  • Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
  • Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).

SEMAK AMAUN BAYARAN SYUKUR SABAH

Setiap penerima yang layak akan terima kadar Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) seperti berikut :

FASA BAYARANJUMLAH BAYARAN SETIAP FASA
Fasa 1RM600
Fasa 2RM600
Fasa 3RM600
Fasa 4RM600
Total SetahunRM2,400

SEMAK TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) akan dikreditkan kepada penerima yang layak seperti berikut :

FASA BAYARANTARIKH BAYARAN
Fasa 111 Mac 2026
Fasa 221 Mei 2026
Fasa 3Belum diumumkan dan akan dikemaskini
Fasa 4Belum diumumkan dan akan dikemaskini

CARA PENGKREDITAN DUIT SYUKUR SABAH

Berikut merupakan kaedah penyaluran duit Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) kepada penerima yang layak :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
Penerima ada akaun bankPengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima
Penerima tiada akaun bankPemberian secara tunai di kaunter bank atau secara cek di cawangan pejabat daerah berdekatan

CARA SEMAK KELAYAKAN SYUKUR SABAH

Status kelayakan penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR SABAH) boleh di semak secara online seperti berikut :

  • PADANS Sabah; dan
  • SYUKUR Sabah

Semak Status di Portal PADANS Sabah :

  1. Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
  4. Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
  5. Klik pada butang [Teruskan].
  6. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. Selesai.

Semak Status di Portal SYUKUR Sabah :

  1. Layari Portal Rasmi SYUKUR Sabah : https://syukur.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
  3. Klik pada butang [Teruskan].
  4. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  6. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  7. Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  8. Selesai.

INFO LANJUT

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq

Leave a Comment