CARA MOHON BANTUAN STR – BAYARAN FASA 3 2026

CARA MOHON BANTUAN STR – BAYARAN FASA 3 2026

Permohonan Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dibuka sepanjang tahun dan rakyat Malaysia yang memenuhi syarat-syarat kelayakan dialu-alukan untuk kemukakan permohonan pada bila-bila masa sebelum bayaran Fasa 3 dilaksanakan.

Bagaimanakah cara mohon Bantuan STR? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAK JUMLAH BAKI MYKASIH – SEBELUM GUNA UNTUK BELI BARANG

SYARAT MOHON BANTUAN STR

Hanya individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti di bawah sahaja layak untuk mengemukakan permohonan Bantuan STR :

SYARATKELAYAKAN
ISI RUMAH
KELAYAKAN
BUJANG
Warga
negara
MalaysiaMalaysia
Had Umur18 tahun
dan ke atas
21 – 59 tahun
atau
60 dan ke atas
(warga emas)
Status
Perkahwinan
Berkahwin
(ada / tiada anak)

atau

Balu / Bercerai
(ada anak)
Bujang

atau

Balu / Bercerai
(tiada anak)
Tahap
Pendapatan
Bawah RM2,500
atau
sehingga
RM5,000 sebulan
Bawah RM2,500
atau
sehingga
RM5,000 sebulan

TARIKH MOHON BANTUAN STR

Permohonan Bantuan STR dibuka sepanjang tahun dari Januari hingga November 2026. Namun untuk penerimaan bayaran Fasa 3, individu yang berkelayakan perlu kemukakan permohonan Bantuan STR pada bila-bila masa sahaja sebelum bulan Ogos 2026.

*Hal ini kerana bayaran Bantuan STR Fasa 3 dijangka akan dilaksanakan sebelum Hari Kebangsaan iaitu dalam bulan Ogos.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR

Jumlah bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 adalah mengikut kategori penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BAYARAN 2026
Isi Rumah B40
(Pendapatan Bawah
RM2,500)
Tiada anak : RM700
1 – 2 anak : RM1,200
3 – 4 anak : RM1,700
>5 anak : RM2,200
Isi Rumah M40
(Pendapatan RM2,501
hingga RM5,000)
Tiada anak : RM200
1 – 2 anak : RM450
3 – 4 anak : RM700
>5 anak : RM950
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN 2026
Bujang Umur
21 hingga 59 tahun

(hanya terima bayaran SARA)
Bujang Umur
60 tahun dan ke atas
(Warga Emas)
RM600
*Selain bayaran Bantuan STR, setiap penerima yang berkelayakan juga akan secara automatik layak menerima bayaran SARA.

JADUAL BAYARAN BANTUAN STR

Pembayaran Bantuan STR dilaksanakan secara berfasa dan berperingkat mengikut jadual seperti berikut :

JADUAL FASATARIKH BAYARAN
Fasa 120 – 27 Januari 2026
Fasa 210 – 30 Mac 2026
Fasa 3Ogos 2026
Fasa 4November 2026
*Nota : Tarikh bayaran untuk Fasa 3 masih belum diumumkan. Jika telah diumumkan secara rasmi, pihak kami akan kemaskini semula jadual di atas.

CARA MOHON BANTUAN STR

Bagi individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kemukakan permohonan Bantuan STR secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi MySTR mengikut panduan seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR 2026 :
  2. ⁠Pada laman utama portal tersebut – Klik butang [Permohonan Baharu].
  3. ⁠Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
    • *Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
  6. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
      • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  7. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  8. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  9. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  10. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
    • Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  11. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  12. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  13. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  14. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  15. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  16. ⁠Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment