BANTUAN PERSEDIAAN IPT MAIWP 2026 : PERMOHONAN, SEMAKAN & SYARAT KELAYAKAN
Permohonan bantuan tunai persediaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada golongan asnaf yang memerlukan kini dibuka, dan boleh di mohon dengan segara sebelum permohonan ditutup.
Bagaimanakah permohonan dan semakan bantuan persediaan ipt maiwp? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CARA TUKAR IC ONLINE : PANDUAN LENGKAP
PENGENALAN BANTUAN PERSEDIAAN IPT MAIWP
Bantuan persediaan IPT yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ialah bantuan tunai secara one-off untuk membantu golongan asnaf Fakir, Miskin, Mualaf, dan Fisabilillah yang ingin melanjutkan pengajian pada peringkat pengajian tinggi di institusi pengajian tinggi bagi menampung kos persediaan awal sebelum memulakan pengajian.
Bantuan ini dilaksanakan seperti berikut :
- Bantuan sekali sahaja untuk setiap peringkat pengajian dalam tempoh setahun;
- Terbuka kepada pelajar sepenuh masa sehingga peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda;
- Program persediaan seperti A Level, O Level, Matrikulasi dan Asasi layak dipertimbangkan.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan Bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) adalah seperti berikut :
Kategori Asnaf :
- Asnaf Fakir;
- Asnaf Miskin;
- Mualaf;
- Fisabilillah
Syarat Terperinci :
- Pelajar sepenuh masa sehingga peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda;
- Belum mendaftar masuk mana-mana IPTA/IPTS atau selewat-lewatnya tidak melebihi 1 bulan daripada tarikh pendaftaran;
- Lain-lain syarat khusus bantuan adalah tertakluk kepada syarat-syarat khusus pada Skim Bantuan Am Pelajaran IPT.
- Program persediaan seperti A Level, O Level, Matrikulasi dan Asasi layak dipertimbangkan.
KADAR BANTUAN PERSEDIAN IPT MAIWP
Bantuan akan diberikan secara one-off (sekali pemberian) dengan kadar diberikan sehingga RM8,000 mengikut peringkat pengajian pelajar.
CARA MOHON BANTUAN PERSEDIAAN IPT MAIWAP 2026
Berikut merupakan cara mohon Bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) :
- Layari portal rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di https://www.maiwp.gov.my/
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Pilih [Bantuan Zakat].
- Kemudian klik [Kluster Pendidikan].
- Pilih jenis bantuan [Bantuan Persediaan IPT].
- Muat turun borang permohonan, dan lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan tepat.
- Sediakan semua dokumen sokongan permohonan yang diperlukan.
- Bawa dan hantar borang permohonan yang telah lengkap diisi serta dokumen sokongan yang diperlukan ke kaunter agihan zakat MAIWP di ibu pejabat MAIWP Kuala Lumpur/ Putrajaya/ Labuan atau di mana-mana cawangan Pusat Agihan Zakat (PAZA) di Wilayah Persekutuan.
- Selesai.
BORANG PERMOHONAN
Individu yang memenuhi syarat kelayakan bantuan boleh mendapatkan borang permohonan bantuan persediaan IPT di : https://www.maiwp.gov.my/assets/PDF/borang-bantuan/pendidikan/borangAZ-SKIM-BANTUAN-PERSEDIAAN-IPT.pdf
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan bantuan :
- Satu keping gambar pelajar berwarna berukuran passport bagi permohonan baru.
- Satu salinan kad pengenalan pemohon.
- Satu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan / surat pengangkatan JPN / akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja).
- Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri / surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan sahaja)
- Satu salinan surat perakuan nikah / surat akuan sumpah untuk kes kehilangan bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas (jika berkenaan).
- Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan.
- Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.
- Satu salinan kad memeluk Islam.
- Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon / tanggungan.
- Surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospital kerajaan sahaja.
- Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran pengajian bagi tanggungan lain yang sedang belajar di IPT.
- Satu salinan cukai pintu / bil elektrik / bil air yang terkini. (Tempoh sah laku : 3 bulan).
- Satu salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun bank yang menunjukkan maklumat pemohon yang aktif (kecuali Tabung Haji, ASB, Bank ar-Rajhi dan Bank Agro) (WP Labuan sahaja).
- Satu salinan surat tawaran rasmi kemasukan pelajar ke IPT (IPT Dalam & Luar Negara) / Surat pengesahan dari mana-mana agensi berautoriti yang boleh mengesahkan status pendaftaran di Luar Negara (IPT Luar Negara).
- Satu salinan surat pengiktirafan bidang dan peringkat pengajian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) / Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dari Jabatan Akademik Pelajar (bagi semua IPTS / IPT Luar Negara sahaja).
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan IPT Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03-2639 9000
- e-Mel : [email protected]
- Laman Rasmi : https://www.maiwp.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.maiwp.gov.my/assets/PDF/borang-bantuan/pendidikan/borangAZ-SKIM-BANTUAN-PERSEDIAAN-IPT.pdf