SEMAK BAYARAN MYKASIH 2026 : SEMAKAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD

SEMAK BAYARAN MYKASIH 2026 : SEMAKAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD

Bantuan SARA MyKasih dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad penerima sedia ada dan penerima baharu. Namun, masih ada sebahagian penerima yang tidak mengetahui bahawa mereka layak menerima dan menggunakan bantuan untuk beli barang keperluan asas dengan MyKad.

Bagaimanakah semak bayaran Bantuan SARA MyKasih dalam MyKad? Rujuk panduan dan penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : JADUAL BAYARAN SARA EKASIH 2026

SYARAT PENERIMA BAYARAN MYKASIH 2026

Tanpa perlu kemukakan permohonan, Bantuan SARA MyKasih dibayar secara automatik ke dalam MyKad penerima yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

  • Warganegara : Malaysia.
  • Had Umur :
    • Isi Rumah – 18 tahun dan ke atas.
    • Bujang – 21 hingga 59 tahun.
    • Warga Emas – 60 tahun dan ke atas.
  • Kadar Pendapatan :
    • Bukan Miskin : RM2,500 sehingga RM5,000 sebulan.
    • Miskin Tegar : Bawah Garis Kemiskinan (PGK) dan tersenarai dalam rekod data e-Kasih.
  • Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
    • Lulus Fasa 1 2026.

BILANGAN PENERIMA BAYARAN MYKASIH 2026

Namun, hanya seramai 8.1 juta rakyat Malaysia yang dipilih menerima bayaran Bantuan SARA MyKasih dalam MyKad, melibatkan kategori seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABILANGAN PENERIMA
Isi Rumah
(Bukan Miskin & Miskin Tegar)
3.7 juta penerima
Bujang
(Bukan Miskin & Miskin Tegar)
1.3 juta penerima
Warga Emas
(Bukan Miskin & Miskin Tegar)
3.1 juta penerima

JUMLAH BAYARAN MYKASIH 2026

Jumlah bayaran Bantuan SARA MyKasih yang dikreditkan dalam MyKad adalah mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

KELAYAKAN
PENERIMA
ISI RUMAHBUJANGWARGA EMAS
Bukan MiskinRM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun
Miskin TegarRM200 sebulan
hingga
RM2,400 setahun
RM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
RM150 sebulan
hingga
RM1,800 setahun

TARIKH BAYARAN MYKASIH 2026

Kerajaan telah menetapkan tarikh bayaran Bantuan SARA MyKasih dalam MyKad penerima yang layak seperti berikut :

  • 09/01/2026 & 16/01/2026 (Jumaat).
  • 01/02/2026 (Ahad).
  • 01/03/2026 (Ahad).
  • 01/04/2026 (Rabu).
  • 01/05/2026 (Jumaat).
  • 01/06/2026 (Isnin).
  • 01/07/2026 (Rabu).
  • 01/08/2026 (Sabtu).
  • 01/09/2026 (Selasa).
  • 01/10/2026 (Khamis).
  • 01/11/2026 (Ahad).
  • 01/12/2026 (Selasa).

SEMAK BAYARAN MYKASIH 2026

Untuk mengetahui status kelayakan dan status bayaran Bantuan SARA MyKasih sama ada telah dikreditkan atau belum dalam MyKad, sila buat semakan seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini :
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
  5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
  8. Selesai.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment