SKAS FASA 3 2026 : SEMAKAN & BAYARAN

SKAS FASA 3 2026 : SEMAKAN & BAYARAN

Fasa bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk memenuhi keperluan asas rakyat Sarawak yang seterusnya ialah Fasa akhir (FASA 3) untuk tahun 2026, dan akan mula dikreditkan secara tanpa tunai kepada penerima yang layak mengikut tarikh dan amaun yang telah ditetapkan.

Bagaimanakah semakan kelayakan dan bayaran skas fasa 3 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: PERMOHONAN BANTUAN JKM 2026 : PANDUAN LENGKAP

SYARAT KELAYAKAN SKAS 2026

Kelayakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Anak Kelahiran Sarawak;
  • Pemegang Kad Pengenalan ‘K’ yang beralamat dan menetap di Sarawak;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);

Kategori & Kelayakan Penerima :

KATEGORI ISI RUMAHKATEGORI WARGA EMAS TANPA PASANGANKATEGORI BUJANG
Berkahwin; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Ada Anak)
Bujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Tiada Anak)
Bujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Tiada Anak)
Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawahPendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawahPendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
Tiada had umurHad umur 60 tahun dan ke atasBujang berumur antara
21-59 tahun

Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19-59 tahun
Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa

JUMLAH BAYARAN SKAS FASA 3

Jumlah Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), untuk Fasa 3 adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (FASA 3)
Isi RumahRM360
Warga Emas Tanpa PasanganRM200
BujangRM125

TARIKH BAYARAN SKAS FASA 3 2026

Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 3 akan dikreditkan mengikut jadual berikut :

FASA BAYARANTARIKH BAYARAN
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)
FASA 3
10 November 2026
Selasa

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SKAS FASA 3

Status kelayakan Sumbangan Kepeluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Status Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
  2. Pergi ke bawah dan Klik [Semak Kelayakan] atau [Check Eligibility].
  3. Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) tanpa (-) diruangan [Nombor MyKad] atau [MyKad Number].
  4. Kemudian, klik [Cari] atau [Search].
  5. Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) mengikut contoh seperti berikut :
Nama (Name)Ali Bin Abu
Nombor Kad Pengenalan (MyKad Number)XXXXXX-XX-XXXX
StatusLayak (Eligible)
Kategori SKAS (SKAS Category)Isi Rumah (Household)
Jumlah SKAS (SKAS Value)RM1,100

CARA TERIMA BAYARAN SKAS 2026

Setiap penerima yang layak akan terima bayaran Bantuan SKAS untuk setiap fasa melalui cara seperti berikut :

BENTUK BAYARANMEDIUM BAYARAN
Tanpa tunai (Baucar Digital)Aplikasi S Pay Global (e-Dompet)

Aplikasi S Pay Global boleh muat turun secara percuma dalam telefon pintar masing-masing dan boleh menggunakannya untuk untuk membeli barangan makanan asas harian di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar seperti beras, tepung dengan pembayaran secara tanpa tunai (cashless) menggunakan kod QR Aplikasi.

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/

Leave a Comment