SEMAK BAKI MYKASIH TERBARU – SEBELUM GUNA UNTUK BELI BARANG

SEMAK BAKI MYKASIH TERBARU – SEBELUM GUNA UNTUK BELI BARANG

Bagi mengelakkan pembelian melebihi baki yang ada dalam Kad Pengenalan, setiap penerima Bantuan MyKasih perlu menyemak baki terlebih dahulu dan semakan boleh dilakukan secara online dengan mudah di portal atau aplikasi rasmi MyKasih sahaja.

Bagaimanakah cara semak baki MyKasih terbaru? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : SENARAI TERBARU BANTUAN MYKASIH – SEMAK BARANG YANG BOLEH DIBELI

PLATFORM SEMAK BAKI MYKASIH TERBARU

Baki Bantuan MyKasih yang ada dalam Kad Pengenalan boleh disemak melalui dua (2) platform yang rasmi disediakan oleh Kerajaan seperti berikut :

CARA SEMAK BAKI MYKASIH TERBARU

Berikut merupakan panduan lengkap cara semakan baki Bantuan MyKasih yang terbaru melalui Portal Rasmi dan Aplikasi Rasmi :

  • Panduan Semakan Di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Layari Portal Rasmi MyKasih (klik pautan di atas).
    2. Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
    3. Terus ke bahagian ‘Semak Kelayakan’.
    4. Masukkan No. Kad Pengenalan anda.
    5. Klik pada butang [Semakan Status].
    6. Status kelayakan dan jumlah baki terkumpul akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Semakan Di Aplikasi Rasmi MyKasih :
    1. Muat turun aplikasi MyKasih (dalam telefon pintar anda).
    2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
    3. Pilih salah satu (1) [SARA Untuk Semua] atau [SARA Bulanan].
    4. ‘Pengenalan MyKasih’ akan dipaparkan.
    5. Klik pada butang [TERUSKAN].
    6. Terus klik pada butang [LOG MASUK].
    7. Masukkan No. Kad Pengenalan anda.
    8. Isikan No. Telefon Bimbit anda yang digunakan.
    9. Sahkan persetujuan anda.
    10. Klik pada butang [Log Masuk].
    11. Baki terkumpul akan terus dipaparkan.
    12. Selesai.

JUMLAH BAKI MYKASIH TERBARU

Pastinya baki Bantuan MyKasih pada setiap penerima berbeza kerana ada yang belum menggunakan dan ada penerima yang telah menggunakannya sepenuh atau sebahagian.

Berikut adalah jumlah kredit setiap bulan dan jumlah terkumpul untuk setahun :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH KREDIT
(SETIAP BULAN)
JUMLAH TERKUMPUL
SETAHUN
Isi Rumah
Miskin Tegar
RM200RM2,400
Warga Emas
Miskin Tegar
RM150RM1,800
Bujang
Miskin Tegar
RM100RM1,200
Isi Rumah
Bukan Miskin
RM100RM1,200
Warga Emas
Bukan Miskin
RM50RM600
Bujang
Bukan Miskin
RM50RM600

JADUAL KREDIT & TEMPOH GUNA BAKI MYKASIH TERBARU

Apabila Bantuan MyKasih dikreditkan dalam Kad Pengenalan pada setiap bulan, penerima perlu menggunakannya untuk beli barang keperluan asas kerana baki tersebut hanya boleh digunakan dalam tempoh seperti berikut :

TARIKH KREDITTEMPOH GUNATARIKH AKHIR
09 – 16/01/2026
01/02/2026
01/03/2026
01/04/2026
01/05/2026
01/06/2026
01/07/2026
01/08/2026
01/09/2026
01/10/2026
01/11/2026
01/12/2026
12 bulan31/12/2026

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment