SENARAI TERBARU BANTUAN MYKASIH – SEMAK BARANG YANG BOLEH DIBELI
Lebih dari 15 kategori barangan yang telah diluluskan dan disenaraikan yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan MyKasih. Bukan itu sahaja, lebih dari 10,000 premis yang terpilih menerima bayaran guna Bantuan MyKasih pada bila-bila masa.
Bagaimanakah semak senarai terbaru barang yang boleh dibeli guna Bantuan MyKasih? Ikuti penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK STATUS PERMOHONAN STR – LAYAK ATAU TIDAK FASA 3 2026
SENARAI TERBARU BANTUAN MYKASIH
Hanya barang-barang yang tersenarai sahaja boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan MyKasih, antaranya adalah :
- Beras – Jenama tempatan.
- Minyak masak – Paket / botol.
- Telur – Pelbagai gred (A / B / C / D).
- Makanan sejuk beku – Semua jenis makanan dan jenama.
- Tepung – Serbaguna, Jagung, Kastard, dan lain-lain.
- Roti – Semua jenis roti.
- Biskut – Kering atau berkrim.
- Bahan perasa – Kicap, sos cili, sos tomato, garam, gula dan lain-lain.
- Minuman – Kopi, teh, coklat, susu dan lain-lain.
- Produk penjagaan – Lampin pakai buang, sabun mandian, syampu, ubat gigi dan lain-lain.
- Ubat-ubatan – Panadol, ubat batuk dan lain-lain yang diluluskan KKM.
- Barang sekolah – Beg, pakaian seragam, alat tulis dan lain-lain.
- Produk kebersihan – Cecair pencuci pakaian, pencuci pinggan, pencuci lantai.
HAD PEMBELIAN GUNA BANTUAN MYKASIH
Had pembelian dengan menggunakan Bantuan MyKasih untuk setiap kategori isi rumah, warga emas dan bujang bagi penerima berstatus miskin dan miskin tegar telah ditetapkan berbeza dengan penerima berstatus asas bukan miskin seperti berikut :
- Penerima Berstatus ‘Miskin & Miskin Tegar’ :
| KATEGORI PENERIMA | HAD PEMBELIAN SEBULAN | HAD PEMBELIAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 sebulan | RM2,400 setahun |
| Warga Emas | RM150 sebulan | RM1,800 setahun |
| Bujang | RM100 sebulan | RM1,200 setahun |
- Penerima Berstatus ‘Asas Bukan Miskin’ :
| KATEGORI PENERIMA | HAD PEMBELIAN SEBULAN | HAD PEMBELIAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 sebulan | RM1,200 setahun |
| Warga Emas | RM50 sebulan | RM600 setahun |
| Bujang | RM50 sebulan | RM600 setahun |
JADUAL PEMBELIAN GUNA BANTUAN MYKASIH
Kerajaan telah menyediakan jadual pengkreditan dan pembelian barang keperluan asas dengan menggunakan Bantuan MyKasih seperti berikut :
| PERKARA | TARIKH PELAKSANAAN |
|---|---|
| Pengkreditan & Pembelian | 9 – 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
| Tamat Pembelian | 31 Disember 2026 |
CARA PEMBELIAN BARANG GUNA BANTUAN MYKASIH
Penerima yang layak boleh buat pembelian barang keperluan asas dengan menggunakan Bantuan MyKasih dengan mudah mengikut cara-cara seperti berikut :
- Kunjungi kedai runcit / pasar raya / pasar mini berdaftar MyKasih.
- Ambil barang keperluan asas yang ada label MyKasih pada rak tanda harga.
- Berikan Kad Pengenalan pada juruwang untuk pengesahan penerima.
- Juruwang akan sahkan dan nyatakan baki anda yang ada.
- Juruwang akan imbas barang keperluan asas mengikut baki yang ada.
- Transaksi bayaran akan disahkan dengan Kad Pengenalan.
- Kad Pengenalan anda akan dikembalikan bersama resit pembelian.
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA TERBARU BANTUAN MYKASIH
Untuk yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima terbaru Bantuan MyKasih, ikuti panduan semakan lengkap di laman web rasmi MyKasih seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/ms/.
- Laman web rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Layarkan skrin sedikit ke bawah.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 900330012345.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Sahkan [ ] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.