SARA SEMAKAN BAYARAN SETIAP BULAN 2026
Bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dikreditkan setiap bulan termasuk bulan Ogos ini telah dikreditkan kepada 8.1 juta penerima sedia ada dan baharu yang layak. Namun, hanya sebahagian penerima sahaja yang telah menggunakannya.
Bagaimanakah semakan bayaran SARA setiap bulan? Rujuk panduan dan penjelasan di bawah.
BACA JUGA : BAYARAN SYUKUR SABAH – TARIKH, JUMLAH & KAEDAH PEMBAYARAN FASA 2 2026
BILANGAN PENERIMA SARA
Bagi tahun 2026, skim Bantuan SARA telah diperluaskan kepada 8.1 juta penerima sedia ada dan baharu di seluruh negara. Agihan penerima merangkumi tiga kategori utama seperti jadual di bawah :
| KATEGORI PENERIMA | BILANGAN |
|---|---|
| Isi Rumah (B40 & M40) | 3.7 juta penerima |
| Warga Emas (B40 & M40) | 1.3 juta penerima |
| Bujang (B40 & M40) | 3.1 juta penerima |
CARA BAYARAN SARA
Hanya satu (1) sahaja cara bayaran Bantuan SARA dilaksanakan, iaitu melalui :
| KATEGORI PENERIMA | CARA BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang | Bayaran secara tanpa tunai (cashless) dikreditkan menerusi Kad Pengenalan dan hanya boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas di kedai-kedai terpilih |
JUMLAH BAYARAN SARA
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan SARA setiap bulan mengikut kategori penerima :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SETIAP BULAN |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM200 setiap bulan |
| Isi Rumah M40 | RM100 setiap bulan |
| Warga Emas B40 | RM150 setiap bulan |
| Warga Emas M40 | RM50 setiap bulan |
| Bujang B40 | RM100 setiap bulan |
| Bujang M40 | RM50 setiap bulan |
TARIKH BAYARAN SARA
Pembayaran Bantuan SARA dilaksanakan mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| BIL. | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| 1. | 9 – 16 Januari 2026 |
| 2. | 1 Februari 2026 |
| 3. | 1 Mac 2026 |
| 4. | 1 April 2026 |
| 5. | 1 Mei 2026 |
| 6. | 1 Jun 2026 |
| 7. | 1 Julai 2026 |
| 8. | 1 Ogos 2026 |
| 9. | 1 September 2026 |
| 10. | 1 Oktober 2026 |
| 11. | 1 November 2026 |
| 12. | 1 Disember 2026 |
SARA SEMAKAN BAYARAN
Status kelayakan penerima dan status bayaran Bantuan SARA setiap bulan boleh disemak mengikut cara seperti berikut :
| LAMAN WEB RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| SARA (Sumbangan Asas Rahmah) | https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/ |
- Sila klik pada pautan yang tertera di atas 👆.
- Anda akan dibawa ke Laman web rasmi SARA.
- Layarkan skrin sedikit ke bawah.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan SARA].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tandakan pada kotak [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan bayaran SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA
- Bagaimana jika baki bayaran SARA bulan lepas tidak dihabiskan?
- Baki elaun SARA yang tidak dihabiskan pada bulan tersebut akan dibawa ke bulan seterusnya (carry forward) dan boleh digunakan sehingga tarikh tamat tempoh program.
- Di manakah barangan keperluan SARA boleh dibeli?
- Penerima boleh menggunakan MyKad di kedai runcit dan pasar raya rakan niaga MyKasih yang berdaftar seperti Mydin, Econsave, Giant, Lotus’s, Speedmart 99, dan kedai terpilih lain.
- Mengapa status SARA semakan bayaran menunjukkan “Tidak Layak”?
- Status tidak layak mungkin disebabkan oleh data pendapatan yang melebihi syarat kelayakan semasa atau rekod permohonan STR yang tidak lengkap.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SARA : 03 7720 1800
- E-mel SARA : [email protected]
Penafian Penulis:
Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat dan panduan umum pengguna. Pihak kami tidak pernah meminta maklumat peribadi, perbankan, atau mengenakan sebarang bayaran. Segala semakan hendaklah dilakukan menerusi portal rasmi kerajaan dan MyKasih.