BAYARAN SYUKUR SABAH – TARIKH, JUMLAH & KAEDAH PEMBAYARAN FASA 2 2026

BAYARAN SYUKUR SABAH – TARIKH, JUMLAH & KAEDAH PEMBAYARAN FASA 2 2026

Dalam bulan Mei ini, bayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) untuk fasa 2 akan disalurkan sebanyak RM600 kepada hampir 100,000 ribu rakyat asal Sabah serta yang bermastautin di Sabah lebih satu (1) tahun.

Bagaimanakah semakan status bayaran SYUKUR Sabah? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BAKI DALAM MYKAD – BAYARAN SARA BULANAN

TARIKH PEMBAYARAN SYUKUR SABAH

Rakyat-rakyat yang berkelayakan akan menerima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) secara berperingkat dan berfasa seperti jadual berikut :

FASA PELAKSANAANTARIKH BAYARAN
Fasa 1
(Januari – Mac)
11 Mac 2026
Fasa 2
(April – Jun)
Mei – Jun 2026
Fasa 3
(Julai – September)
September 2026
Fasa 4
(Oktober – Disember)
November 2026
*Tarikh bayaran untuk Fasa 2 hingga Fasa 4 akan dikemaskini dari semasa ke semasa apabila ianya telah diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Sabah.

JUMLAH BANTUAN SYUKUR SABAH

Namun, setiap penerima sama ada ketua isi rumah dan ahli isi rumah akan menerima bayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) dengan jumlah yang sama seperti berikut :

FASA
PELAKSANAAN
BULANANBAYARAN
SETIAP FASA
Fasa 1RM200 (Januari)
RM200 (Februari)
RM200 (Mac)
= RM600
Fasa 2RM200 (April)
RM200 (Mei)
RM200 (Jun)
= RM600
Fasa 3RM200 (Julai)
RM200 (Ogos)
RM200 (September)
= RM600
Fasa 4RM200 (Oktober)
RM200 (November)
RM200 (Disember)
= RM600

KAEDAH PEMBAYARAN SYUKUR SABAH

Untuk memudahkan rakyat Sabah menerima bayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR), Kerajaan Negeri Sabah menyediakan tiga (3) kaedah bayaran mengikut jenis penerima :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
Ada akaun bankBayaran secara pengkreditan tunai
ke dalam akaun bank penerima
Tiada akaun bankBayaran secara tunai terus di
Bank Simpanan Nasional atau
di pusat pemberian bersesuaian
Pilihan penerimaBayaran secara pengkreditan
tanpa tunai ke dalam akaun
e-Wallet aplikasi YONO Superapp

SEMAKAN STATUS BAYARAN SYUKUR SABAH

Bagi yang telah memohon Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) boleh menyemak status bayaran untuk tahu sama ada telah dikreditkan atau belum seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi PADANS di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Laman web rasmi PADANS akan dipaparkan.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik butang [Semak].
  4. Bahagian ‘Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah’ akan dipaparkan.
  5. Isikan nombor kad pengenalan anda pada ruang yang disediakan.
    • *tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
  6. Klik pula pada butang [Semak].
  7. Status kelayakan permohonan akan dipaparkan.
    • *Jika disahkan ‘Layak’, bayaran akan dislaurkan ke dalam akaun / tunai seperti sebelum ini.
  8. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat-maklumat di atas berkaitan Bantuan Syukur Sabah adalah dirujuk daripada Portal Rasmi PADANS. Untuk sebarang pertanyaan atau untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib di :

  • Talian Syukur Sabah : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/.

Leave a Comment