SEMAK BANTUAN BULANAN JKM – LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan beberapa kategori bantuan dengan bayaran secara bulanan untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan untuk meneruskan kelangsung hidup dari semasa ke semasa.
Bagaimanakah semak kelayakan penerima Bantuan Bulanan JKM? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN TUNAI RAHMAH – KELAYAKAN FASA 3 2026
OBJEKTIF BANTUAN BULANAN JKM
Objektif utama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyalurkan Bantuan Bulanan adalah :
- Memberikan sokongan kepada golongan memerlukan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas, Kanak-kanak, Ibu / bapa tunggal dan keluarga miskin;
- Meringankan bebanan kewangan untuk menampung kos keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal;
- Meningkatkan kesejahteraan hidup supaya penerima dapat hidup lebih selamat dan sihat dengan bantuan setiap bulan yang diterima.
SENARAI BANTUAN BULANAN JKM
Terdapat lapan (8) kategori Bantuan Bulanan yang disediakan oleh JKM, termasuk :
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK) :
- Untuk keluarga / penjaga kepada kanak-kanak yang tiada / kehilagan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup.
- Bantuan Anak Pelihara (BAP) :
- Bagi ibu / bapa atau penjaga yang memelihara anak kurang bernasib baik seperti yatim / yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus dapat dijaga seperti anak sendiri.
- Bantuan Warga Emas (BWE) :
- Untuk Warga Emas yang berpendapatan rendah / tiada pendapatan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup.
- Bantuan Am Persekutuan (BA) :
- Untuk individu / keluarga yang menetap di Wilayah Persekutuan serta kurang berkemampuan dapat meneruskan kelangsungan hidup.
- Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) :
- Sebagai inisiatif untuk pekerja OKU terus berkerja dan mampu berdikari.
- Bantuan Orang Kurang Upaya (BTB) :
- Untuk membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan dapat terus tinggal bersama pekerja.
- Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT) :
- Mengekalkan dan menggalakkan keluarga / penjaga untuk terus menjaga pesakit terlantar / OKU terlantar / pesakit kronik tidak terlantar.
- Bantuan Latihan Perantis (BLP) :
- Membantu klien Jabatan / anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolaha dan menganggur serta bekas pelatih / bekas penghuni institusi kebajikan atau mendapatkan lathan kemahiran atau latihan sambil bekerja di mana-manan agensi atau syarikat atau mengikuti latihan praktikal di JKM.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN BULANAN JKM
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan Bulanan yang disediakan oleh JKM mengikut kategori bantuan :
| KATEGORI BANTUAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan Kanak-kanak (BKK) | RM250 sebulan (seorang umur <6 tahun) RM200 sebulan (seorang umur >7 tahun) RM1,000 sebulan (sekeluarga) |
| Bantuan Anak Pelihara (BAP) | RM250 sebulan (seorang anak) sehingga RM500 sebulan (sekeluarga) |
| Bantuan Warga Emas (BWE) | RM600 sebulan (seorang) |
| Bantuan Am Persekutuan (BA) | RM150 sebulan (seorang) sehingga RM500 sebulan (sekeluarga) |
| Elaun Pekerja OKU (EPOKU) | RM450 sebulan (seorang) |
| Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB) | RM300 sebulan (seorang) |
| Bantuan OKU / Pesakit Terlantar (BPT) | RM500 sebulan (seorang) |
| Bantuan Latihan Perantis (BLP) | RM200 sebulan (seorang) |
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BULANAN JKM
Bagi individu yang telah kemukakan permohonan salah satu (1) Bantuan Bulanan yang disediakan oleh JKM, semak kelayakan di laman web seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi eBantuan JKM di sini :
- Laman web rasmi eBantuan JKM akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semakan Status Permohonan Talian].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- *Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Klik pada butang [Semak].
- Status kelayakan permohonan Bantuan Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi JKM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian JKM : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jkm.gov.my/main/article/bantuan-bulanan.