SEMAK MYKASIH BUJANG 2026 : CHECK STATUS BANTUAN SARA

SEMAK MYKASIH BUJANG 2026 : CHECK STATUS BANTUAN SARA

Adakah anda golongan bujang yang ingin membuat semak MyKasih bujang bagi tahun 2026? Untuk makluman, kerajaan meneruskan penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih kepada lebih 3.1 juta penerima kategori bujang berstatus eKasih mahupun B40/M40 bukan eKasih.

Melalui program ini, bayaran elaun bulanan akan dikreditkan terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak bagi pembelian barang keperluan asas.

Artikel ini menyediakan panduan langkah demi langkah cara semak status MyKasih bujang, syarat kelayakan, serta jadual penuh bayaran bulanan.

Bagaimanakah cara semak status kelayakan mykasih bujang 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CHECK SARA BULANAN 2026

KADAR BAYARAN MYKASIH BUJANG 2026

Jumlah elaun bantuan SARA MyKasih yang diterima oleh individu kategori bujang adalah bergantung kepada status rekod eKasih (Miskin / Miskin Tegar) seperti berikut :

BERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
RM100 Setiap Bulan

Total Setahun : RM1,200
RM50 Setiap Bulan

Total Setahun : RM600

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH BUJANG

Untuk melayakkan anda menerima bayaran bulanan bantuan MyKasih Bujang 2026, anda mesti memenuhi kriteria berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Kategori Bujang; atau
  • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih, sekiranya pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

JADUAL BAYARAN MYKASIH BUJANG 2026

Proses pengkreditan elaun MyKasih ke dalam MyKad bagi penerima bujang akan dilakukan mengikut jadual bulanan berikut :

BULANTARIKH BAYARAN DIKREDITKAN
Januari16 Januari 2026
Februari1 Februari 2026
Mac1 Mac 2026
April1 April 2026
Mei 1 Mei 2026
Jun1 Jun 2026
Julai1 Julai 2026
Ogos1 Ogos 2026
September1 September 2026
Oktober1 Oktober 2026
November1 November 2026
Disember1 Disember 2026

CARA SEMAK MYKASIH BUJANG ONLINE

PORTALPAUTAN
Portal Sumbangan Asas Rahmah (SARA)https://sara.gov.my/
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

Semakan Status di Portal SARA :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  3. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  4. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  5. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  6. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  7. Status kelayakan dan baki elaun semasa SARA anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Semakan Status di Portal MySTR :

  1. Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, Status Kelayakan SARA akan dipaparkan.
  10. Selesai.

CARA GUNA BAKI MYKASIH DALAM MYKAD

Apabila status menunjukkan LULUS, anda boleh terus mengguna pakai baki elaun tersebut di pasar raya berdaftar (seperti Mydin, Lotus’s, Giant, Speedmart 99, dan kedai runcit terpilih) :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK MYKASIH BUJANG

  • Adakah perlu membuat permohonan baharu untuk MyKasih Bujang 2026?
    Tidak perlu. Kelayakan diberikan secara automatik berdasarkan pangkalan data penerima STR 2026 Kategori Bujang dan data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM.
  • Adakah elaun bulanan akan luput sekiranya tidak habis digunakan?
    Baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan hadapan (roll over). Walau bagaimanapun, keseluruhan baki mestilah dihabiskan sebelum 31 Disember 2026 untuk mengelakkan pembatalan secara automatik.

INFO LANJUT & TALIAN BANTUAN

Jika anda menghadapi masalah teknikal semasa semak MyKasih bujang, sila hubungi pihak pengurusan rasmi :

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Penafian : Artikel ini diterbitkan semata-mata untuk tujuan maklumat umum dan panduan semakan sahaja. Pihak kami tidak meminta sebarang butiran maklumat peribadi pengguna. Untuk maklumat terkini dan sah, sila rujuk portal rasmi di sara.gov.my.

Leave a Comment